berita

[VIDEO] Mahu Ke Hospital Kerana Batuk, Penumpang Baru Pulang Dari Wuhan Dihalau Pemandu E-Hailing

January 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Wabak koronavirus di China ternyata menjadi kebimbangan buat seluruh penduduk khususnya di Wuhan dan Hubei. Ini kerana, hampir 6000 kes telah pun dilaporkan oleh kerajaan negara tersebut setakat ini. Berikutan itu, ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga daripada menjadi mangsa yang seterusnya.

Di Twitter, viral sebuah rakaman video yang memaparkan seorang pemandu e-hailing di China bertindak menghalau seorang penumpang dari Wuhan. Kejadiaan tersebut berlaku disebabkan oleh perasaan takut dan bimbang pemandu itu seandainya dia turut dijangkiti wabak koronavirus yang turut melanda beberapa negara lain.

Rakaman kamera papan pemuka (dashboard)

Menerusi video berdurasi 1:34 saat itu, seorang penumpang lelaki memasuki sebuah kenderaan e-hailing lalu meminta pemandu tersebut membawanya ke hospital terdekat. Semasa dalam perjalanan, pemandu itu bertanya mengenai keadaan kesihatan penumpangnya yang kelihatan batuk dan selsema. Penumpang lelaki itu menceritakan bahawa dia baru sahaja pulang dari Wuhan dan ingin segera ke hospital untuk memeriksa keadaan kesihatannya.

Sebaik sahaja mendengar pengakuan penumpang tersebut, pemandu itu terus memberhentikan kenderaannya lalu meminta lelaki itu untuk turun. Pada masa yang sama, pemandu tersebut ingin menelefon pihak polis bagi memberitahu keadaan sebenar lelaki itu.

Should bring him to the hospital

Rata-rata pengguna Twitter meluahkan perasaan geram sebaik sahaja melihat video tersebut. Menurut netizen, pemandu tersebut seharusnya membawa lelaki itu ke hospital bagi menyelamatkan nyawanya serta nyawa masyarakat yang lain.

Sumber: RT com

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.