![[VIDEO] Mahu Percutian Lancar Tanpa Stres? Elak 5 Kesilapan Ini Ketika Melancong Ke Luar Negara](https://asset.ohbulan.com/2025/12/melancong-3.jpg)
Dalam keterujaan melancong ke luar negara, sebenarnya terdapat segelintir individu yang melakukan beberapa kesilapan sehingga menjejaskan perjalanan percutian mereka.
Artikel Berkaitan: Bajet Sempit Bukan Halangan: 5 Tips Jimat Ketika Melancong
Artikel Berkaitan: Air Asia X & Visit Victoria Terbangkan OhBulan! Ke Melbourne.. Mandi Hot Springs & Bergambar Dengan Koala Antara Momen ‘Best
Elak kesilapan
1. Bawa banyak barang
Menerusi perkongsian CEO Travel di TikTok, antara kesilapan lazim yang dilakukan adalah membawa barang dan pakaian yang banyak sehingga menyukarkan pergerakan.
Berat bagasi yang berlebihan juga boleh menyebabkan kos tambahan dan menyukarkan aktiviti harian seperti menaiki pengangkutan awam atau berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain.
Menurut pengalaman saya, kalau pergi melancong lama jangan risau sebab di mana-mana pun ada dobi layan diri.
Boleh basuh baju dan tak perlu untuk bawa baju terlalu banyak sebab nanti ia akan menyusahkan anda kalau nak tukar destinasi.
2. Tak semak cuaca
Selain itu, cuaca juga merupakan perkara penting yang boleh mempengaruhi aktiviti harian dan perancangan perjalanan.
Jika tidak bersedia dengan pakaian atau peralatan yang sesuai, pengalaman melancong boleh menjadi tidak selesa, malah ada risiko kesihatan seperti kesejukan atau kepanasan melampau.
Saya tak buat research tentang cuaca yang saya nak pergi. Semasa pergi Eropah pada bulan April tahun lepas, saya ingatkan tak sejuk sebab sedang musim bunga.
Saya tak bawa baju tebal, tapi sampai sana ada salji..menggigil. Jadi, semak dahulu cuaca sebelum pergi ke mana-mana negara.
3. Tukar duit di lapangan terbang
Kesilapan seterusnya adalah menukar wang di lapangan terbang. Walaupun nampak mudah dan cepat namun kadar pertukaran wang di lapangan terbang kebiasaannya jauh lebih tinggi berbanding di tempat lain.
Kadar untuk penukaran wang di lapangan terbang mahal. Jadi, kalau tak sempat, tukar wang anda sedikit sahaja dahulu di lapangan terbang.
Apabila sudah sampai di bandar atau destinasi, barulah tukar kesemuanya.
4. Aktif akaun bank
Meskipun penggunakan kad memudahkan urusan pembayaran dan pemindahan wang, namun ia tetap memerlukan persediaan awal seperti mengaktifkan penggunaan antarabangsa.
Tanpa langkah ini, anda mungkin menghadapi gangguan seperti kad disekat, caj tambahan yang tinggi atau kesukaran membuat pembayaran ketika berada di luar negara.
Perkara ini pernah berlaku dekat saya semasa bercuti ke luar negara.
Semasa saya sedang buat pemindahan wang dari akaun bank ke kad Wise, saya terlupa untuk aktfikan kegunaan antarabangsa.Kad saya kemudian disekat dan kena hubungi pihak bank. Bil roaming juga mungkin tinggi.
5. Jadual padat
Merancang jadual yang padat merupakan antara kesilapan yang selalu dilakukan yang boleh menyebabkan keletihan.
Oleh itu, penting untuk memberi ruang kepada diri anda untuk berehat supaya setiap destinasi dapat dinikmati dengan lebih selesa.
Jangan terlampau padat dengan aktiviti sampai sepuluh tempat satu hari.
Nanti kita jadi tak seronok dan perjalanan trip tu pun tidak akan dinikmati kerana terlalu penat.
Letak ruang untuk berehat semasa melancong.
Sumber: TikTok CEO Travel My








