berita

[VIDEO] Main Lastik Getah Dengan Kekasih, Netizen Tak Sabar Tengok Azal Naik Pelamin – ‘Sweet Je!’

October 18th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin sebelum ini pernah mendedahkan bahawa anak lelakinya, Azal sedang mengenali hati budi seorang gadis berasal dari Indonesia yang menetap di Singapura. Zarina juga meletakkan harapan supaya Azal dapat mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Zarina Zainuddin Dedah Azal Sedang Mengenali Hati Wanita Indonesia – ‘Nama Dia Rahmah & Pandai Masak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Zainuddin Nak Tengok Anak Kahwin, Yakin Mampu Jadi Suami Bertanggungjawab

Azal romantis dengan teman wanita

Baru-baru ini, Zarina ada memuat naik satu video di TikTok @Azalazilvlog memaparkan momen romantik Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal bersama teman wanitanya, Rahmah.

Kelihatan pasangan merpati dua sejoli itu sedang duduk di atas kerusi sambil bermain permainan ‘lastik getah’. Gelagat Azal yang tidak pandai untuk melastik getah ke arah Rahmah. Malah kedengaran Zarina turut terhibur menyaksikan kerenah pasangan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar hubungan mereka akan berkekalan ke jinjang pelamin namun tidak kurang juga ada yang seakan mempertikaikan tindakan Zarina membenarkan anaknya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) autisme itu menjalinkan hubungan.

Video

Komen

Sumber: Azalazilvlog

SKIP THIS AD ×