![[VIDEO] Majlis Aazief Khalid & Izza Athirah Jadi Bualan, Seri Pengantin Dipuji Netizen – ‘Suka Tengok, Simple Saja’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/izza-aazief.jpg)
Majlis perkahwinan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid dan pasangannya, Izza Athirah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aazief Khalid Selamat Bergelar Suami, Isteri Terima Satu Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin
Artikel Berkaitan: Aazief Khalid Selamat Bertunang, Majlis Berlangsung Secara Tertutup
Seri pengantin
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang jurugambar menyatukan momen-momen berharga sepanjang hari istimewa Aazief dan Izza berlangsung.
Pada video berdurasi hampir seminit itu, imej pengantin perempuan iaitu Izza meraih perhatian wargamaya yang terpukau melihat kecantikan dan keserian luar biasa yang dimilikinya.
Selain itu, warganet turut berpuas hati dengan pemilihan busana pengantin yang tidak menjolok mata.
Komen netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji majlis yang berlangsung secara bersederhana walaupun kedua-duanya berasal daripada keluarga berada.
Sumber: TikTok @Fdaus.j








