Majlis resepsi perkahwinan pelakon Indonesia, Luna Maya dan suami, Maxime Bouttier yang berlangsung di Jakarta pada Rabu menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

‘Satu beg berat hampir 3 kilogram’

Menerusi video yang dikongsikan Luna atau nama lengkapnya Luna Maya Sugeng, 42, di TikTok memaparkan persiapan yang dilakukan aktres itu sebelum menjelang majlis resepsinya.

Kelihatan pasangan merpati dua sejoli itu sedang sibuk memasukkan barangan cenderahati (doorgift) buat tetamu yang hadir. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah barangan yang diberikan pasangan ini sangat istimewa dan luar biasa malah menelan kos yang sangat tinggi.

Antara barangan yang diberikan kepada para tetamu yang hadir adalah mesin kopi, set cawan, makanan ringan, suplemen, rawatan serta produk kecantikan dan banyak lagi.

Menerusi temu bual bersama media Indonesia, pelakon filem Panggonan Wingit itu memaklumkan pada awalnya jemputan hanyalah sebanyak 500 orang namun pada hari kejadian, tetamu adalah 800 orang.

Untuk doorgift takkan nak bagi kopi je, mesti lah bagi mesinnya sekali.

Kasihan diorang nak packing, satu beg berat hampir 3 kilogram.

Unboxing

Menerusi tinjauan OhBulan!, rata-rata netizen mendakwa mesin kopi tersebut berharga RM700 dan jumlah keseluruhan barangan yang diterima oleh seorang tetamu cecah RM2,577. 

Tidak kurang juga, ada dalam kalangan rakam selebriti yang hadir ke majlis resepsi tersebut membuat ‘unboxing’ pemberian yang diterima.

Komen netizen

Sumber: TikTok