berita

[VIDEO] ‘Mak Ayah Saya Nasihat, Jaga & Setia Kepada Isteri’ – Syafiq Yusof

April 19th, 2024 | by Alia
Kini Trending

syafiq

Pengarah, Syafiq Yusof dan isteri iaitu Aisyeah Zainal menjadikan ibu bapa mereka sebagai rujukan untuk mengecap bahagia sebagai suami dan isteri.

Artikel Berkaitan: Enggan Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Abang, Syafiq Yusof Mengaku Tak Pernah Jumpa Ira Kazar

Artikel Berkaitan: Kenyataan Beraya Dengan Syamsul Diputar Belit Blogger Tempatan, Syafiq Yusof Kesal – ‘Saya Akan Ambil Tindakan’

Ingat pesan ibu bapa

syafiq

Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Syafiq berkongsi pesanan ibu bapanya tentang menjaga perhubungan yang baik dalam melayari bahtera rumah tangga.

Mak dan ayah saya nasihat, jaga isteri..setia kepada isteri.

Dulu saya memang hari-hari dengan isteri saya, sampai dah ada anak-anak..dia jaga anak di rumah.

Dalam masa yang sama, sebagai seorang isteri kepada pengarah terkenal, Aisyeah berkata dia memahami kerjaya suaminya dan mereka sering berbincang andai timbul sebarang masalah.

Kena faham dia dan selalu minta nasihat ibu mentua. Sentiasa berkomunikasi sebelum tidur, jangan diam. Kalau ada apa-apa tak puas hati kena luahkan.

Kami sudah berkahwin hampir sepuluh tahun dan saya pun selalu ikut dia pergi ke set penggambaran. Jadi sudah faham kerja dan kehidupan dia.

Ketika disoal tentang sambutan Aidilfitri, pasangan ini berkata mereka menyambutnya secara sederhana namun momen bermaafan di pagi raya antara kenangan yang paling bernilai buat mereka.

Sederhana sahaja, sebab saya sehari sebelum raya masih kerja. Saya bawa anak dan isteri beraya di rumah ibu bapa dan selepas itu jumpa nenek dan sambung kerja balik.

Bila berkumpul, kita bermaaf-maafan dengan ibu dan ayah. Kita mesti ada buat salah, jadi itulah momen yang sejujur-jujurnya kita minta maaf dan mengharapkan kemaafan.

Sekadar info, Syafiq yang juga adik kepada pengarah popular Syamsul Yusof, telah mendirikan perkahwinan bersama Aisyeah pada 5 April 2014. Sepanjang perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

@mingguanwanita

Syafiq Yusof sentiasa ingat pesan mak dan ayah agar setia dan jaga isteri dengan baik. Bagus Syafiq anak yang baik dan mendengar kata. Isteri pun seronok dan memahami kerjaya suami, walau Syafiq sibuk tapi tetap hargai isteri dan taja isteri bercuti. #mwambiltahu #mingguanwanita #syafiqyusof #suamisetia #fyp

? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Sumber: TikTok Mingguan Wanita

SKIP THIS AD ×