berita

[VIDEO] Mak Frontliners Tak Sempat Pujuk Anak, Ayah Tunjuk ‘Skill’ Pelik…Anak Terus Lelap!

July 8th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang bapa terpaksa menunjukkan ‘skill’ unik menjadi ‘buai bergerak‘ gara-gara anaknya tidak berhenti menangis. Gelagat lelaki berkenaan yang sedang memujuk anaknya yang sedang meragam dianggap sangat kreatif serta menarik perhatian warganet.

Suami dodoi anak pakai kain batik isteri

Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Kak Joy di akaun TikTok, dia yang merupakan seorang petugas barisan hadapan yang tergesa-gesa hendak pergi kerja tidak sempat untuk memujuk anaknya yang sedang menangis.

Mama nak pi kerja dah ni sayang oi. Tak boleh mengeram lama-lama.

Pada awal video berkenaan memperlihatkan kanak-kanak itu sedang menangis sambil berselubung dengan kain pelikat lalu suaminya mengambil si kecil itu dan memasukkan ke dalam kain batik yang digendong.

Tidak lama selepas itu, kelihatan anaknya berhenti menangis setelah didodoikan bersama kain batik berkenaan. Video berdurasi 38 saat itu mendapat lebih 250 ribu tontonan dan lebih 21 ribu tanda suka.

Tak pernah tidur buai boboy sorang ni. Mama frontliner kena pi kerja juga. Papa terer dah jaga baby.

‘Terer pak hang jaga baby’

@kakjoy18Terrer pak hang jaga baby. ?##kakjoy ##fyp ##fyp? ##frontliners? original sound – kak joy

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang memuji usaha suaminya yang mendodoikan anaknya sehingga berhenti menangis.

Sumber : kakjoy18

SKIP THIS AD ×