berita

[VIDEO] ‘Makin Lama Makin Hitam, Macam Orang Kampung,’ – Liyana Jasmay Tak Kisah Kena ‘Face Shaming’

May 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay baru-baru ini dikritik oleh warganet kerana didakwa warna kulitnya semakin gelap tidak seperti selebriti lain.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Gaya Rambut Baru, Liyana Jasmay Kekal Awet Muda

Artikel Berkaitan: ‘Kau Matikan Kreativiti Orang Berseni’ – Liyana Jasmay Tak Puas Hati Dengan Orang Dalam Industri?

‘Kulit orang Melayu..’

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Liyana Jasmay menjawab salah satu komen warganet yang mengecam warna kulitnya.

Artis lain makan putih, Liyana Jasmay ni aku tengok makin lama makin hitam. Dah macam orang kampung dah.

Aktres 35 tahun ini bagaimanapun tidak cepat melatah dengan kata-kata daripada individu tersebut, malah menerima sahaja fizikal dirinya.

Dalam pada itu, Liyana juga meluahkan kerisauan akan kesan buruk jika mengambil suntikan memutihkan kulit.

Kulit saya sebenarnya coklat kekuningan. Kalau awak rasa itu hitam, tak mengapalah saya terima sahaja.

Saya tak nak putih pun sebab kalau suntik untuk putih mesti akan ada kesan sampingan bukan?

Pelakon filem Papadom ini juga membidas kenyataan warganet tersebut dengan berpendapat bahawa untuk bergelar seorang anak seni, warna kulit yang cerah bukanlah syarat utama.

Tak semestinya jadi artis kena putih. Lainlah kalau kita ini memang dilahirkan putih Alhamdulillah. Tapi bila dilahirkan warna kulit orang Melayu nak buat macam mana kan?

Ibu kepada dua orang anak ini juga sambil berseloroh berkata suaminya tetap menerima dirinya seadanya.

Mungkin yang hitam untuk awak, tapi putih dihati suami saya.

@ljoneandonly

Replying to @azirashiraazira

? Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×