Pendakwah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias tampil mengulas lanjut berikutan isu wanita yang mengerjakan solat fardhu tanpa mengenakan telekung.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Kazim Elias Kongsi Doa & Petua Rawat Influenza

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Kazim Elias Akui Terkesan Isu Melibatkan Agamawan, Minta Orang Ramai Tidak Pukul Rata

Solat tanpa telekung

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Mohammad Kazim Elias menegur segelintir netizen yang menjadikan isu tersebut sebagai satu perdebatan di media sosial.

Menurut Ustaz Kazim, kebanyakan umat Islam di luar negara menunaikan solat tanpa telekung namun mengenakan pakaian yang menepati syariat Islam dan menutup aurat dengan sempurna.

Artis sembahyang tak pakai telekung. Bergaduh pula.

Mak cik, orang-orang di negara yang hujung dia ‘sia sia’ saja pakai telekung seperti contoh Malaysia, Indonesia.

Orang Arab, Afrika mereka sembahyang tanpa telekung.

Belah kita saja yang sembahyang pakai telekung.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim menegaskan hukum solat seseorang masih sah walaupun tidak mengenakan telekung.

Jadi akak-akak, kalau nak sembahyang pakai jubah, muka boleh dibuka, tangan tutup sehingga pergelangan tangan, jubah longgar, pakai stokin.

Hukumnya sah.

Sumber: TikTok @Sahabat Masjid Original