Pempengaruh dan usahawan Aliff Awang meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada Allah dalam membantu permudahkan urusannya berniaga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Dedah Opai Pernah Belajar Di UK, Ada Lesen Profesional ‘Oil & Gas’ – ‘Dia Boleh Dapat 300 Ke 600 Dolar Sehari’
Artikel Berkaitan: Letak Nama Anak ‘Jibril’ Dipertikai, Opai Sudah Rujuk Ustaz – ‘Orang Kata Nama Itu Berat Dipikul’
Tiada ilmu berniaga
@aliff_awangAku tak pandai berniaga. Sumpah. Nak berniaga, tak pernah ada mentor. And nak tanya pendapat orang rasa macam segan sebab malu dengan kerjaya lama. Berada dalam fasa “stuck” pada permulaan itu memang buang masa. Punca sebab takut punya pasal. Once mindset aku dah bertukar, aku buang perasaan takut, percaya pada Allah. Macam miracle pun ada ? Semua Allah punya kerja. Allah boleh bagi kita berjaya tanpa asbab, Allah boleh beri kita kejayaan dengan asbab, dan yang paling wow adalah Allah boleh datangkan kejayaan dengan atau tanpa asbab dalam masa yang sama. Fuhhh. Tinggi beb ? Jangan rasa kecewa sekiranya belum dapat kehidupan yang kita doakan untuk dapat. ???? ????? ??????? original sound – Opai Alpiaw
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau lebih mesra disapa Opai berkongsi perjalanan dirinya memulakan perniagaan minyak wangi.
Menurutnya, dia bermula tanpa sebarang ilmu perniagaan.
Kita ambil masa dalam lima bulan untuk lancarkan produk.
Awal-awal dulu saya takut sebab tak pernah buat bisnes.
Saya takut kalau keluarkan produk akan gagal.
Dalam tiga bulan berniaga, tiada sebarang kemajuan.
Saya stuck di situ sebab takut.
Tambah Opai, dia tidak menuntut ilmu perniagaan daripada mana-mana pihak kerana malu dengan kerjaya lamanya sebagai ‘trader’.
Percaya pada Allah
Berkongsi lebih lanjut, suami kepada aktres Fatin Afeefa itu mengambil keputusan untuk menunaikan ibadah Haji bagi menghilangkan rasa takut.
Untuk atasi rasa takut berniaga, saya ambil keputusan untuk pergi Haji.
Saya buang perasaan takut itu dan hanya percaya pada Allah.
Pergi Haji itu adalah momen terbesar kerana ia mengubah segalanya.
Ketika Haji itu saya belajar untuk tidak menanguhkan apa-apa perancangan.
Katanya lagi, dia segera meneruskan perniagaan setelah balik daripada Tanah Suci.
Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Aliff Awang itu sempat menitip pesanan agar tidak berputus asa dalam mengejar kehidupan yang diinginkan.
Sumber: TikTok @aliff_awang