![[VIDEO] Maria Tunku Sabri Akui Masih Rasa Bersalah, Terlepas Momen Anak-Anak Membesar](https://asset.ohbulan.com/2026/07/maria-tunku-sabri.jpg)
Pengacara dan personaliti televisyen, Maria Tunku Sabri mengakui masih memendam rasa bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa dan menyaksikan anak-anak membesar akibat komitmen kerja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Payah Nak Jumpa Orang Baik’ – Maria Tunku Sabri Terharu Wanita Sudi Tumpangkan Kereta Ke Subang
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Tuju Kepada Sesiapa’ – Niat Maria Tunku Sabri Nak Kongsi Berita Terkini Disalah Tafsir Netizen
Maria Tunku Sabri kongsi pengalaman
Menerusi podcast Audio+, Maria menjawab soalan hos yang bertanyakan mengenai perasaannya terlepas momen penting dalam kehidupan anak-anaknya. Maria mengakui perasaan itu masih ada hingga kini, terutama apabila melihat anak-anaknya sudah dewasa.
Ya, sampai hari ini saya rasa bersalah. Bila saya tengok anak-anak saya, saya rasa kasihan dekat diorang. Saya missed out perkembangan membesar mereka.
Mereka berjalan, suami saya call ‘anak kita dah boleh berjalan’. Masa tu pula tak ada telefon lagi, jadi saya rasa macam ketinggalan. Itu yang saya sesal hingga ke hari ini.
Walaupun begitu, Maria berkata keputusan tersebut dibuat demi kelangsungan hidup, kerjaya dan tanggungjawab terhadap syarikat.
Saya ni jenis yang suka bekerja dan akan all out untuk karier dan syarikat.
Dalam perkongsian sama, Maria turut mendedahkan pengalaman ketika mengandungkan anak kedua semasa menjalani penggambaran program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Menurutnya, jadual penggambaran yang padat termasuk aktiviti di pulau menyebabkan dia mengalami komplikasi.
Sebenarnya masa saya buat JJCM tu, saya mengandungkan anak yang kedua saya tu sampai saya hampir kehilangan anak kedua tu.
Saya alami pendarahan, masa tu saya pergi shooting. Kebetulan pula tema dia dari pulau ke pulau, jadi saya banyak naik bot, kapal dan terhentak. Alhamdulillah boleh diselamatkan lagi.
Sementara itu, Maria turut berkongsi pengalamannya ketika berpantang apabila dia diminta hadir ke pejabat untuk melakukan rakaman suara bagi program tersebut.
Lepas bersalin pula, bila saya buat Jalan-Jalan Cari Makan, producer tak nak orang lain untuk buat voice over untuk program tersebut. Dia kata program ni program kau, ini Maria Tunku Sabri, kena suara engkau.
Masa saya dalam pantang tu, seminggu dua kali saya kena datang ofis untuk buat voice over.
Maria turut mengakui dirinya seorang yang sangat komited terhadap kerja dan sentiasa mahu memberikan yang terbaik.
Sumber: Instagram Audio+








