berita

[VIDEO] Mas Khan Tak Kisah Dikecam Bela Anjing, Bila Pegang Basuh Guna Sabun Sertu – ‘Saya Bukan Tak Tahu Halal Haram ..’

November 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Lebih selesa menjadi diri sendiri, pelakon Mas Khan mendedahkan dia ada memelihara seekor anjing jenis baka German Shepherd yang diberi nama Cash.

Artikel Berkaitan: Julia Farhana Mengaku Bela Anjing, Tak Langgar Batas Sebagai Muslim Sebab Dah Dilatih – ‘Kami Tak Pernah Bersentuhan & Julio Bukan Jenis Air Liur Meleleh’

Untuk jaga rumah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)

Menerusi video di Instagram (IG), Mas Khan sedar orang Islam tidak boleh membela dan memegang anjing tanpa sebarang keperluan kerana termasuk dalam kategori najis mughallazah (berat).

Jelas aktor berumur 28 tahun ini, tujuan asalnya adalah untuk menjaga kawasan premisnya yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur.

Anjing ini kita tahu kalau basah memang tak boleh pegang dan kita ada sabun samak, sertu samak. Jadi tiap kali kita pegang anjing tu dalam keadaan kering atau basah tetap akan gunakan sabun samak.

Benda (hukum) ini memang kita tahu. Kita bukan tak tahu tentang halal atau haram cuma nak beritahu yang penting nawaitu (niat).

Niat saya bela anjing ini sebab dia memang jaga kawasan ini di mana di tengah Kuala Lumpur, macam-macam boleh jadi. Jadi, tiada isu.

Tambah pemilik nama Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, dia tidak kisah dengan kecaman netizen namun memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati.

Kalau korang (netizen) nak kecam ke apa, kecam la. Saya hanya jadi diri sendiri.

Saya minta maaf kalau ada menyinggung hati dan perasaan orang dekat luar sana sebab aku main dengan anjing. Tapi yang paling penting sekali, ini adalah pendapat saya.

Bukan tatu

Dalam pada itu, kekasih kepada usahawan terkenal, Diana Nasimuddin turut menjelaskan tulisan di leher dan lengan itu bukan tatu seperti yang disangka.

Ini bukan tatu. Ini adalah lukisan sahaja. Jadi korang nak cakap apa, cakap lah. Saya tak peduli.

Sumber: Instagram @maskhan_

SKIP THIS AD ×