![[VIDEO] Masak Di Kenduri Kahwin Keluarga Besan, Sheila Rusly Dipuji Netizen – ‘Memang Idola, Semua Turun Padang Merewang’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/sheila-1.jpg)
Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly menyorot perhatian ramai apabila dilihat membantu memasak untuk kenduri kahwin saudara kepada menantunya, Elisya Sandha di kampung.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Marah Anak Lelaki Awak, Sis Dah Memang Level Mak Cik’ – Sheila Rusly
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Mak Mentua Jahanam..Elisya Dah Lama Lari, Beatrice Dah Duduk Jakarta’ – Sheila Rusly
Masak kenduri
Menerusi perkongsian di Instagram, Sheila, 55, memuat naik video menunjukkan momen dirinya memasak lauk di kenduri kahwin yang turut dibantu ahli keluarga dan sanak saudara.
Sheila juga dilihat seronok selain tidak kekok melakukan aktiviti rewang bersama saudara mara Elisya.
Sementara itu, Sheila turut berseloroh berharap agar menerima lebih banyak jemputan memasak di kenduri perkahwinan pada masa akan datang.
Semoga 2026 saya dapat banyak lagi jemputan masak untuk orang kahwin.
Tindakan Sheila meraih perhatian ramai yang kebanyakan memujinya kerana dilihat sangat merendah diri.
Netizen puji


Sumber: Instagram







