![[VIDEO] ‘MasyaAllah..Qawiy & Isteri Berakhlak Mulia’](https://asset.ohbulan.com/2025/05/befunky_2025-4-4_9-50-17.jpg)
Nilai positif yang ditonjolkan oleh personaliti media sosial, Qawiy serta isterinya telah membuatkan mereka disenangi ramai.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Lebih Baik Dipaksa Masuk Syurga Daripada Ikhlas Masuk Neraka’ – Qawiy
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Qawiy Dedah Pernah Terfikir Bun*h Diri, Stres Selepas Terpalit Kes Gangguan S*ksual
Qawiy & isteri
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, seorang wanita berkongsi video ketika dia dan keluarga berkesempatan bertemu dengan Qawiy serta isteri ketika menghadiri sebuah majlis di Melaka baru-baru ini.
Menurut wanita tersebut, dia menyifatkan Qawiy dan isterinya sebagai pasangan yang memiliki adab dan budi bahasa yang sopan.
MasyaAllah, kedua-duanya berakhlak mulia.
Qawiy mesra melayan asatizah dan kenalam, muka pun penuh dengan senyuman.
Isterinya pula, kata-katanya lembut bersulam dengan ucapan Alhamdulillah.
Anak-anak muda yang memilih jalan pernikahan, semoga Allah menurunkan rahmat ke dalam rumah tangga mereka. Amin.
Pasangan serasi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga suka melihat pasangan itu yang dikatakan sama cantik dan sama padan.
Dalam masa yang sama, mereka turut terpesona dengan kejelitaan yang dimiliki oleh isteri pempengaruh tersebut.
Terdahulu, Qawiy atau nama lengkapnya Abdul Qawiy Abd Rashid telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya. Difahamkan majlis pernikahan mereka berlangsung di Greenwich, London, United Kingdom.
Sumber: TikTok Syuhada Nazari