berita

Video Mat Kilau ‘Inspired’ Viral, Netizen Puji Dah Macam ‘Real’ Filem

March 31st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Beto Kusyairy telah mencuri perhatian warganet apabila tampil segak berbaju melayu teluk belanga serta bersilat ketika malam ‘Bulan Bintang Takes The Sky’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cuci Muka Pakai Gula Ke?’ – Netizen Tak Keruan Tengok Senyuman Manis Beto Kusyairy

Artikel Berkaitan: Belanja 2 Juta & 350 Dron, Bulan Bintang Takes The Sky Catat Malaysia Book of Records

Artikel Berkaitan: Konsert Bulan Bintang ‘Another Level’! 5 Jam Berlangsung, Pentas 360 Darjah & Alunan Selawat Jadi Bualan Ramai

Mat Kilau ‘inspired’

Terbaru, nama Beto sekali lagi ‘panas’ apabila video ala filem Mat Kilau The Movie bersempena pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh pengasas jenama terbabit, Azzim Zahid Azmi di laman Twitter itu telah mendapat lebih 380,000 capaian serta lebih 100,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.

Berdasarkan ciapan tersebut, ternyata video itu telah mendapat tempat di hati warganet. Rata-rata netizen memberikan respons positif terhadap video kempen terbabit serta memuji kualiti setaraf filem sebenar.

Bagi pengikut, pasukan jenama itu mempunyai idea yang ‘brilliant’ kerana berjaya menghasilkan cara pemasaran jenama yang bijak serta berkualiti.

Malah, ada juga wargamaya yang mencadangkan agar jenama tersebut terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem secara serius.

Selain itu, peminat juga yang sempat berseloroh apabila membandingkan kerja kamera video kempen tersebut dengan filem Mat Kilau yang didakwa bergegar.

Bukan cerita singkat!

Sementara itu, di entri Instagram pula, Azzim mendedahkan jenama terbabit pernah ‘ditolak’ oleh Beto kerana kekangan bajet empat tahun lalu.

Kini impian mereka untuk bekerjasama dengan pelakon hebat itu menjadi kenyataan, ramai yang terinspirasi dengan kisah yang dikongsikan oleh Azzim.

Sebelum ini, jenama sama juga pernah mengadakan pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records di Menara Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu.

Mereka juga menganjurkan konsert Malam Bulan Bintang yang menampilkan ramai nama besar dalam dan luar negara di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Mac lalu.

Sumber: Twitter & Instagram

SKIP THIS AD ×