Pelakon Datin Lisa Surihani meraih perhatian pada malam konsert GenKRU yang dilihat sentiasa memerhatikan gerak geri suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim.

Artikel Berkaitan: Peminat Puji Lisa Surihani, Berdiri Tepi Pentas Sediakan Air & Tuala Untuk Yusry – ‘Wife Material Sangat’

Artikel Berkaitan: Lisa Surihani Sokong Tindakan Zahnita Buat Laporan Polis – ‘Jangan Rasa Bersalah Dedahkan Di Media Sosial’

‘Bila kahwin dengan crush’

@fizzafiza06 @Official Lisa Surihani mata tuuuu??? #genkru #yusrykrulisasurihani ? Babe – Kru

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Lisa, 39, dilihat berada di belakang pentas menemani Yusry bersiap sebelum naik ke pentas.

Apa yang meraih perhatian apabila mata Lisa yang tidak lekang daripada melihat suaminya yang juga merupakan salah seorang daripada kumpulan trio legenda, KRU.

Lisa jatuh cinta

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kerenah pelakon berusia 39 tahun itu yang sentiasa di samping suaminya, Yusry. Selain itu, warganet turut kagum dengan Lisa yang berjaya mengahwini ‘crush’ dari zaman sekolah.

Sumber: TikTok @fizzafiz06