Tidak diketahui punca, usahawan, Datin Seri Shahida mengalami sakit di bahagian mata semasa berada di Indonesia, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida ‘Sakit Mata’ Lantai Kotor, Netizen Puji Tak Endah Gelaran ‘Datin Seri’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Meninggal Dunia, Saya Ikhlaskan Suami Saya Kahwin Lain’ – Shahida

Dah pergi hospital

Setelah beberapa hari menahan sakit, pemilik nama Nur Shahida Mohd Rashid berkata dia sudah mendapatkan rawatan di hospital swasta selepas mendarat di Malaysia pada Selasa.

Matanya mula membengkak sehari sebelum dia dan keluarganya mahu pulang ke Malaysia selepas bertemu dengan bekas pembantu rumah yang dikenali ‘Bik Tudung’ di Surabaya, Indonesia.

Keadaan mata bertambah teruk. Melekat dengan tahi mata.

Bangun pagi semalam, nak buka mata pun susah.

Alhamdulillah sempat ke KPJ. Ubat semua sudah dapat.

Dalam hantaran di Tiktok isteri kepada ushawan, Datuk Seri Aliff Syukri meminta orang ramai berkongsi petua cara tradisional untuk menghilangkan sakit matanya.

Menjengah ke ruangan komen, sesetengah warganet memberikan cadangan dan petua yang pernah mereka guna pada suatu ketika dulu.

Petua warganet

Sumber: TikTok