berita

[VIDEO] ‘Mati, Mati Lu Mati!’ – Isteri Pukul Suami Strok Berkali-Kali Guna Tongkat Sampai Berdarah, Kejam!

December 18th, 2019 | by Shahira
Video Popular

Tanggungjawab seorang isteri bukanlah pada urusan hal rumah tangga semata-mata. Tetapi tanggungjawab yang dipikul isteri selepas berkahwin juga turut menjurus kepada memenuhi hak seorang suami seperti menjaga suami yang sedang sakit, menjaga makan, pakai dan sebagainya.

Namun, berbeza pula dengan nasib seorang suami yang sedang sakit apabila dia dilayan dengan teruk oleh isterinya sendiri.

Mati, mati lu mati

Menerusi rakaman video yang viral di Twitter, menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di atas sofa rumah sambil dipukul berkali-kali oleh isterinya dengan menggunakan tongkat. Walaupun suaminya itu meraung kesakitan, tetapi wanita tersebut langsung tidak menghiraukan jeritan lelaki itu. Wanita yang dikenali sebagai Milka Florin Juliana itu dikatakan bertindak kejam terhadap suaminya, Ko Ahuang kerana tidak sanggup menjaga lelaki itu yang mengalami strok dan alzheimer.

Video kejam tersebut dikatakan berlaku di Pantai Mutiara, Utara Jakarta dan dirakam sendiri oleh wanita berusia 35 tahun itu di mana dalam video kedengaran Juliana mengeluh keletihan dengan mengatakan dia tidak sanggup menjaga suaminya yang sedang sakit. Sementara itu, Juliana juga dilihat terlalu berang dengan suaminya yang berusia 64 tahun itu kerana selalu membuang air besar dalam seluar.

Apa yang lebih membuatkan Juliana semakin marah apabila Ko Ahuang dikatakan telah mengorek punggungnya walaupun isterinya sudah membersihkan najis pada seluarnya itu. Tambah Juliana lagi, dia dikatakan tidak kisah sekiranya diceraikan oleh Ko Ahuang tetapi dengan syarat dia diberikan wang sebanyak 1 Million Rupiah iaitu bersamaan RM295, 000.

Isteri kedua pukul

Sementara itu, Pojok Satu turut melaporkan, Ko Ahuang merupakan seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan mengimport barangan kereta dan motor. Sebelum dia diserang strok, Ko Ahuang dikatakan sering memukul isteri pertamanya sebelum dia berkahwin dengan Juliana yang jauh lebih muda daripada usianya pada ketika itu.

Namun, setelah dia mendirikan rumah tangga bersama isteri keduanya, Ko Ahuang dikatakan telah jatuh sakit dan pada ketika itulah dia sering dipukul dan didera oleh Juliana.

Dibawa pulang oleh ahli keluarga

Susulan itu, Detik News turut melaporkan pihak polis ada menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku itu. Menurut Ketua Polis Penjaringan, AKBP Imam Rafai berkata, pihaknya telah pergi ke tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan. Tambahnya lagi, kejadian itu dikatakan telah berlaku pada 11 Disember yang lalu di Pantai Mutiara, Utara Jakarta.

Ya, kami mendapat laporan daripada orang ramai dan kami memeriksa di tempat kejadian jenayah pada hari itu, tetapi ianya hanya viral sekarang.

Tambahnya lagi, pihak polis menerima laporan dan maklumat daripada beberapa orang saksi, RT dan jiran tetangga. Ko Ahuang kini telah dibawa pulang oleh ahli keluarganya.

Sumber: Twitter, Pojok Satu, Detik News

SKIP THIS AD ×