Tindakan ahli keluarga yang membakar mayat Dali Wassink mengundang pertikaian ramai lebih-lebih lagi selepas mengetahui Allahyarham merupakan seorang mualaf.
Artikel Berkaitan: Simpan Abu Mayat Dalam Loket, Jennifer Coppen Sentiasa Nak Bersama Arwah Papa Dali – ‘Aku Akan Pakai Rantai Ni Selamanya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jennifer Coppen Nafi Suami Kemalangan Sebab Mabuk, Jelas Arwah Papa Dali Pernah Minta Mayat Dibakar – ‘Saya Masih Buat Tahlil Di Rumah’
Penjelasan ustaz Abdul Somad
Susulan daripada itu, wargamaya berkongsi kembali video ceramah Ustaz Abdul Somad yang membincangkan tentang isu tersebut.
Menurut ustaz Abdul Somad, berdasarkan pandangan Islam, tindakan tersebut adalah haram bagi seorang Muslim.
Bila ada seorang muslim di mana ibu bapanya tidak tahu bahawa dia sudah muslim tetapi jenazahnya dikremasi (dibakar) maka satu kampung tanggung dosa.
Itu yang dinamakan fardhu kifayah. Kifayah bermaksud jika sebahagian daripada masyarakat melaksanakannya, maka gugurlah kewajipan tersebut daripada seluruh masyarakat.
Dalam pada itu, ustaz Abdul Somad menasihati setiap individu yang baru memeluk Islam (mualaf) agar mencatat maklumat identiti dengan lengkap supaya dapat memudahkan proses pengebumian kelak.
Kalau sudah mengucap dua kalimah syahadah, berikan maklumat peribadi di pusat mualaf termasuk alamat tempat tinggal, info keluarga dan saudara-mara.
Video
@nursaidahnst2311 Membalas @hf_sheza #nursaidahnst2311 ? Epic Inspiration – DM Production
Sumber: TikTok, Insertlive