Nama penyanyi terkenal Indonesia iaitu Melly Goeslaw kembali mencuri perhatian ramai di media sosial berikutan memuat naik video reaksinya semasa melihat muzik video (MV) ‘Sampai Menutup Mata’ nyanyian semula daripada Mahalini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Boleh Kawal Apa Orang Komen & Cakap Pasal Saya..’ – Melly Goeslaw
Artikel Berkaitan: Selepas ‘Back To School’, Melly Goeslaw Kembali Dengan Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) Pada 1 Jun
Artikel Berkaitan: Adik Melly Goeslaw Meninggal Dunia
Reaksi Melly
Menerusi rakaman video tersebut, Melly yang merupakan pencipta lagu itu dilihat terlalu khusyuk melihat dan mendengar cara baharu Mahalini membawakan lagu tersebut.
Menurut Melly, dia tidak sangka lagu yang pernah dipopularkan oleh Acha Septriasa itu masih menjadi kesukaan ramai orang sehingga sekarang.
Bangga sangat Mahalini boleh menyanyikan semula lagu indah daripada Melly yang dikeluarkan pada tahun 2006. Ini versi Mahalini 2024.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Melly turut kelihatan mengalirkan air mata tatkala mendengar bahagian chorus lagu tersebut.
Ujar Melly, setiap orang pasti takut ditinggalkan atau meninggalkan. Tambahnya, saat itu pasti akan terjadi dalam waktu yang sudah ditetapkan olehNya.
Melly juga sempat menitipkan pesanan buat suami dan anak-anaknya iaitu ‘cintanya akan tetap ada sampai mata tertutup selamanya’.
Menonton muzik video Mahalini tadi semakin merasakan bahawa kita tak tahu sisa waktu berapa lama lagi yang tinggal untuk kita bersama dengan orang yang kita cintai.
Al-Fatihah untuk semua yang sudah mendahului kita dan kita diberi cukup waktu untuk bersama sama orang orang yang kita cintai sampai menutup mata.
Di akhir posting, Melly mendoakan Mahalini dan suaminya, Rizky Febian bahagia sehingga Jannah.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Melly Goeslaw