berita

[VIDEO] Menangis & Bibir Membiru, Bayi Berusia 3 Hari Nyaris Maut Lepas Diberi Minum Air Kosong

August 2nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Bayi tersedak air kosong

Baru-baru ini, seorang ibu berdepan detik cemas apabila bayi yang baru dilahirkan telah dikejarkan ke hospital gara-gara diberi minum air kosong oleh neneknya.

Bayi baru lahir tersedak air putih

bayi diberi minum air putih

Kisah tersebut dikongsikan di TikTok oleh seorang jururawat yang dikenali sebagai Nurul Fitria. Menerusi video tersebut, Fitria menceritakan bahawa nenek yang dipercayai berasal dari Indonesia telah memberikan cucunya minum air putih disebabkan si ibu belum keluar susu.

Disebabkan itu, bayi tersebut dipercayai tersedak sehingga membuatkan wajahnya bertukar kebiruan, menandakan keadaan sukar untuk bernafas.

Tolonglah ibu yang baru melahirkan atau ahli keluarga, jangan beri bayi minum air putih atau apa-apa air selain susu. Banyak kali jumpa seperti ini. Baru lahir anak diberi air putih lalu tersedak, sehingga menyebabkan sukar bernafas.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke NICU selama 16 hari untuk rawatan selanjutnya.

Video

Sumber: Nurul Fitria

SKIP THIS AD ×