Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam ini.
Pastinya peminat yang sudah membeli tiket tidak sabar untuk menyaksikan persembahan dari band kesayangan mereka itu. Mana taknya, peminat dilaporkan sudah berpusu-pusu memenuhi perkarangan stadium sejak jam 8 pagi tadi.
Sampah bersepah
Speechless #COLDPLAYinKL #ColdplayKualaLumpur pic.twitter.com/d93sVfDd8D
— KAYPOH (@kaypohmedia) November 22, 2023
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! di media sosial, tindakan tidak bertanggungjawab sebahagian peminat yang meninggalkan sampah sarap di merata-rata tempat amat mengecewakan dan mengundang kecaman netizen.
Menerusi video berdurasi 0:09 saat yang dikongsikan di laman X @kaypohmedia, ia memaparkan situasi perkarangan SNBJ yang dipenuhi dengan sampah sarap yang ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab. Jelas kelihatan botol air, tin minuman, pembungkus serta sisa makanan yang bersepah dibiarkan di ruangan beratur.
Sumber: Kaypoh