berita

Video Menangis PM Nak Letak Jawatan Jadi Perhatian, Mila Jirin Nafi ‘Dibayar’ Untuk Sokong

August 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, penyanyi dan usahawan, Mila Jirin meluahkan rasa sedih sebaik sahaja mendengar desas desus yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan hari ini.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Bantu Aku’ – Mila Jirin Menangis, Sebak Baca Berita PM Bakal Letak Jawatan

Terbaru, Mila tampil menjawab segala fitnah yang dilemparkan oleh netizen terhadapnya berhubung dakwaan ‘dibayar’ oleh Perdana Menteri.

Bantuan subsidi upah

Bantuan subsidi upah bukan bagi pada saya secara peribadi. Tetapi ia diberikan bantuan kepada majikan untuk bayar gaji pekerja yang layak. Fasa 1, RM1200 kepada pekerja dan fasa seterusnya RM600 pula.

Semalam, Mila memberitahu bahawa dia tidak pernah bersedih sekiranya ada Perdana Menteri yang ingin letak jawatan sebelum ini. Namun, kali ini dia merasa sebak. Menurut Mila, perasaan sebak itu muncul apabila dia mengenang semula jasa Tan Sri Muhyiddin Yassin tatkala membantu golongan yang berniaga seperti dirinya. Namun begitu, maksud yang ingin disampaikan oleh Mila kepada netizen telah menyebabkan timbulnya salah faham. Rata-rata netizen mendakwa Mila dibayar oleh Muhyiddin selama ini. Oleh sebab itu, pelantun suara ‘Persis Mutiara’ ini tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar khabar sedih tersebut.

Ada yang fitnah saya dibayar? Ya Allah subsidi upah bayar pada majikan untuk bayar gaji pekerja. Bukan bagi pada saya dan kegunaan peribadi saya. Salahkah sebagai hamba Allah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu?

Hanya majikan yang faham

Di ruangan komen, rata-rata majikan faham dan bersetuju dengan luahan Mila. Menurut majikan, bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan sedikit sebanyak membantu para pekerja tatkala pandemik ini masih berterusan. Di samping itu, ada juga yang memberi penjelasan bahawa duit subsidi tersebut merupakan hasil daripada pengutan cukai yang dikenakan terhadap pembayar cukai .

Sumber: Mila Jirin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×