berita

[VIDEO] Menangis Tak Dapat Jumpa Atuk & Nenek, Anak Kecil Berani Minta Izin Sendiri Dengan Polis Walaupun…

June 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Memandangkan jumlah kes harian positif Covid-19 di Malaysia semakin meningkat, larangan merentas negeri mahupun daerah juga masih tidak dibenarkan buat mereka yang tidak mempunyai alasan mahupun sebab yang munasabah.

Bagi golongan dewasa, mereka mudah untuk faham kenapa larangan tersebut perlu diteruskan. Namun, tidak bagi golongan kanak-kanak yang masih kecil ini. Di TikTok, Puteri Nur Farahanum terpaksa mengalami situasi tersebut apabila anak lelakinya sering mengajaknya untuk pulang ke kampung.

Ni cara terakhir

Ni kes last solution buat ibu bapa yang tak tahu nak terangkan kepada anak-anak macam mana dah. Budak-budak tak faham dan mereka akan ingat kita ni tipu-tipu.

Gara-gara sudah buntu untuk memujuk anak yang disayangi, wanita ini dilihat membiarkan anaknya untuk bersemuka sendiri dengan pihak polis. Kanak-kanak tersebut juga dilihat begitu berani minta izin untuk balik bertemu datuk dan neneknya yang berada di kampung. Walau bagaimanapun, seorang anggota polis berjaya menerangkan secara baik mengenai perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan lagi di negara ini.

Dia tahan air mata

@pwincess130BILA KAU DAH RINDU SANGAT, SANGGUP BERANIKAN DIRI JUMPE POLIS?##lockdown ##fyp ##fyp? ##tiktokmalaysia ##intanpayung? Intan Payung (feat. Noraniza Idris) – Bunga

Sejurus mendapat penjelasan daripada anggota polis, kanak-kanak tersebut dipercayai kecewa dan tidak berhenti menangis di dalam kereta. Pada masa yang sama, si ibu cuba untuk memujuk anaknya dengan baik supaya menerima jawapan yang diberikan oleh pihak polis tersebut.

@pwincess130Reply to @asmarizal1984 Selepas Menahan Sebak, Abg Polis Tu Kata Tak boleh Balik ? ##fyp ##fyp? ##tiktokmalaysiaviral ##lockdown ##intanpayung ##part2? Lon Rindu – ???????

Sumber: Puteri Nur Farahanum

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×