Nama Lee Kwang-soo tidak asing lagi buat peminat kdrama ataupun variety show Korea. Kewujudan Lee Kwang-soo dalam program realiti Running Man sememangnya mampu membuatkan para penonton tak kering gusi melihat perangai ‘gila-gila’ dan taktik ‘kotor’ yang sering digunakannya.
Dalam episod terbaru Running Man, kegigihan Lee Kwang-soo dan ahli kumpulannya melakukan cabaran untuk membuat nyanyian acapella telah menghiburkan para penonton. Memang kelakar habis!
Semangatnya Kwang Soo
Team Jongkook best ????? #RunningMan pic.twitter.com/ZXWQ57gR14
— ?? (@KhaiderNutter) September 14, 2020
Menerusi video pendek yang dimuatnaik oleh Khaider Natter memperlihatkan kesemua peserta Running Man perlu melakukan cabaran membuat nyanyian acapella dengan menggunakan lagu daripada filem The Lion King (2019) yang berjudul ‘The Lion Sleeps Tonight’. Seperti biasa, kelapan-lapan peserta Running Man akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan mereka perlu melakukan cabaran yang telah ditetapkan.
Dalam episod 520, salah satu cabaran yang perlu dilakukan mereka adalah membuat nyanyian acapella. Walau bagaimanapun, persembahan yang dilakukan oleh Lee Kwang-soo bersama ahli kumpulannya iaitu Song Ji-hyo, Yoo Jae-suk dan Yang Se-chan telah menarik perhatian para penonton. Lebih kelakar apabila melihat ‘kesungguhan’ Lee Kwang-soo menyanyi sebagai vokal utama sehingga ahli kumpulan sendiri pun tahan gelak! Sementara itu, ahli kumpulan Kim Jong-kook iaitu Haha, Ji Suk-jin dan Jeo-So Min turut mendendangkan lagu yang sama.
‘Tak pernah lah tak dekah’
Sumber: Khaider Natter