berita

[VIDEO] Mengamuk Sebab Tak Dapat Order Makan, Sampai ‘Melayang’ Kerusi Meja Restoran…

March 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: AmpangTamilan 2.0

Gara-gara tak sempat order makan, sekumpulan lelaki dipercayai bertindak agresif dengan membaling kerusi dan meja milik sebuah restoran. Video tersebut telah viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Punca tak dapat order makan

Foto: AmpangTamilan 2.0

Berdasarkan video berdurasi 1:47 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengamuk dan merosakkan harta benda di sebuah restoran yang terletak di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur. Difahamkan, individu terbabit bertindak sedemikian dipercayai kerana berang selepas gagal memesan makanan di restoran tersebut.

Pihak restoran didakwa tidak dapat memenuhi permintaan pesanan pelanggan tersebut kerana mereka sedang dalam persediaan untuk menutup operasi. Oleh itu, kumpulan lelaki ini telah ‘naik hantu’ dan membuat kecoh sebelum bertindak membaling kerusi dan meja restoran tersebut. Jika dilihat daripada video tersebut, kelihatan kumpulan lelaki tersebut juga dipercayai sedang bergaduh dengan pekerja di restoran terbabit.

Video

Kedai dah nak tutup

Sumber: Harian Metro, AmpangTamilan 2.0

SKIP THIS AD ×