Memasuki episod ke 10 dalam 7 Hari Mencintaiku 2, nampaknya konflik dalam keluarga Khuzairi kembali hangat selepas ibu mertuanya Hayati yang sudah melancarkan misi untuk memusnahkan hubungan kekeluargaan tersebut.
Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah hubungan rumah tangga Sofi (Wan Sharmila) dan Helmi (Syazwan Zulkifly) yang dilihat semakin mesra walaupun sudah bercerai. Rata-rata meminati pasangan ini yang dilihat secocok berlakon bersama.
Memang serasi bersama
Dalam episod yang lalu atas desakan bapa Sofi, mereka berdua bercerai meskipun Helmi masih menyayangi isterinya. Namun kerana sikap barannya membuatkan dia menceraikan Sofi. Selepas dari itu, Sofi lari membawa hati kecewa sebelum kembali semula dengan semangat baru.
Sepulangnya Sofi dari itu, Helmi cuba untuk pikat Sofi kembali. Ramai terhibur dengan karakter Helmi yang nakal mengusik Sofi. Memang sweet betul!
Cuba pikat kembali hati Sofi
Netizen suka
Sumber : Wan Sharmila