Semua orang kenal Zizan Razak seorang yang peramah, ceria, cool dan suka usik orang. Bab buat lawak atau kenakan orang, dia lah nombor satu! Sampaikan ada yang kongsi cerita seram pun, Zizan boleh buat cool dan berlagak macho. Poyo kan?
Tapi, ada satu hari tu hilang ‘macho‘ Zizan sebab nampak…
Habis shooting kat Sri Pentas Media Prima baru-baru ni, Zizan turun ke parking macam biasa. Jalan ke kereta dengan krew Melodi sambil borak-borak macam takde apa berlaku.. Happy je sebab dah habis set!
Sambil jalan tu, tiba-tiba Zizan ada terbau sesuatu dari kawasan parking. Takde apa lah kan, bau je pun. Zizan pun berlagak cool lagi. Lepastu, lampu kat basement pulak padam! Gila tak seram?
Sekilas pandang, Zizan nampak ada ‘lembaga’ berdiri kat hujung sambil tenung muka dia… Apa lagi? Menjerit Zizan sambil lempar air botol kosong kat lembaga tu!
Seram wei! Cuba korang tengok reaksi Zizan lepastu…
Tak sangka Zizan terkejut bila nampak hantu kan? Ini baru sikit, belum dia nampak patung Annabelle dalam kereta dia! Haha.. Tapi, memang salute kat Zizan sebab berani dan tak lari lintang pukang! Hahaha!
Kalau korang perasan baru-baru ini gempar media sosial bila ada patung Annabelle ‘tumpang’ naik MRT sehinggakan orang ramai seram nak masuk coach tu. Rupanya dia naik MRT pergi Sri Pentas di Bandar Utama. Siapa ada nampak?
Filem prequel Annabelle Creation bakal ditayangkan tak lama lagi, jom tengok trailer dulu…
Jom ajak kawan-kawan tengok Annabelle Creation mulai 10 Ogos depan!
Siapa yang pernah tengok Annabelle yang pertama mesti tertunggu-tunggu prequel seterusnya ni. Agak-agak siapa lagi yang berani nak bunuh patung Annabelle tu? Tak sabar rasanya nak jerit dalam wayang. Harap popcorn tak tercampak kat member belakang lah!