Beberapa hari yang lalu, isteri kepada penyanyi Mawi iaitu Ekin Rahmat meluahkan rasa terkejutnya di media sosial selepas perlu membayar sebanyak RM1260 selepas menjamu selera di sebuah kedai makan makanan laut di Johor Bahru.
Artikel Berkaitan: Isteri Mawi Terkejut Harga Makanan ‘Cekik Darah’ , Order Ikan & 11 Menu Cecah RM1,260
Peniaga beri penjelasan
Terbaharu, pemilik kedai makan berkenaan tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut menerusi laman Facebook anaknya, Mohd Yusof Abdullah.
Menurut wanita tersebut, Ekin datang ke gerainya yang bernombor 14 di sebuah medan selera bersama hampir 20 orang ahli keluarga beserta kanak-kanak pada petang 30 September yang lalu.
Assalamualaikum, mak cik owner gerai nombor 14. Tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan.
Pada hari Sabtu, 30 September, waktu petang, mereka telah datang ke kedai mak cik lebih kurang 20 orang termasuklah kanak-kanak.
Menerusi video tersebut, pemilik kedai tersebut memaklumkan bahawa Ekin dan keluarga telah membuat pesanan kurang lebih 11 jenis makan yang berbeza seperti siakap tiga rasa, udang masak butter, siput gonggong, sotong goreng tepung dan ikan pari bakar.
Siakap stim satu ekor bernilai Rm48. Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja tapi sebenarnya enam hidang.
Di akhir videonya itu, wanita yang mengenakan baju berona coklat dan tudung oren itu memaklumkan bahawa dirinya bersedia untuk bersua muka dengan Mawi dan juga Ekin bagi menjelaskan lagi segala perkara yang berkaitan dengan harga makanan yang dijualnya.
Terdahulu, Ekin meluahkan rasa terkejutnya selepas dicaj sebanyak RM1,260 selepas makan di restoran berkenaan.
Bukan itu sahaja, Ekin turut memuat naik gambar resit bayarannya dan mendakwa dirinya hanya memesan dua ekor ikan serta beberapa lagi menu makanan laut yang lain.
Video
Sumber: Facebook