Pelakon dan usahawan terkenal, Baim Wong, tampil menafikan dakwaan bahawa dia menghalang anak-anaknya, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong, daripada bertemu dengan ibu mereka, Paula Verhoeven.

Anak-anak nangis, tak nak jumpa Paula

Menerusi sebuah video yang dimuat naik baru-baru ini, kedua-dua anaknya dilihat menangis ketika ingin dibawa berjumpa dengan ibu mereka. Malah Baim juga 

Situasi itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen, yang mendakwa Baim sengaja menjauhkan mereka daripada Paula.

Namun, Baim menegaskan bahawa dia tidak pernah mengajar anak-anaknya untuk membenci ibu mereka.

Saya tidak pernah ajar anak-anak membenci ibu mereka.  Ibu bapa saya tak mungkin masuk syurga jika saya buat begitu. Itu sudah paling tinggi.

Nyawa saya adalah orang tua saya sendiri. Saya bersumpah di hadapan anda semua.

Saya ada bukti menunjukkan Paula sebenarnya yang manipulatif.

Menurut Baim, hubungan anak-anak dengan Paula sebenarnya semakin baik, malah dia tidak pernah menghalang jika bekas isterinya mahu bermalam bersama mereka.

Saya tidak pernah menghalang, namun ada pula cerita dia sudah lama tidak berjumpa anak. Hubungan anak-anak dan ibunya semakin baik, malah kalau dia mahu bermalam di rumah pun tidak ada masalah.

Baim turut berkongsi bahawa dia sendiri berusaha memujuk anak-anaknya untuk bertemu dengan Paula, meskipun mereka enggan.

Ada videonya saya hantar anak saya ke rumah Paula. Itu kerana anak saya tidak mahu dan akhirnya saya paksa. Saya cakap, ‘Tak boleh begitu sama mama, ayo ketemu.’ Di situ dramanya mula.

Kenyataan Baim ini diharapkan dapat menjelaskan keadaan sebenar dan menghentikan spekulasi yang berlegar di media sosial mengenai hubungan anak-anaknya dengan ibu mereka.

Terdahulu, Baim telah memfailkan perceraian terhadap Paula pada 7 Oktober tahun lalu dengan alasan isterinya curang.

Bagaimanapun sehingga kini perceraian mereka belum disahkan dari segi undang-undang kerana gagal mencapai kesepakatan.

Untuk rekod, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 lalu. Mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Kiano, 3 dan Kenzo, 2 tahun.

Video

@grid.id ??BAIM WONG TUNJUKAN BUKTI DIRINYA BUJUK & ANTAR LANGSUNG SANG ANAK UNTUK BERTEMU PAULA?? #GridID #tiktoktainment ? suara asli – Grid ID

Sumber: Viva, Suara, Grid