![[VIDEO] Mimi Fly Mohon Maaf Papar Imej Berkemban Dalam MV ‘Serumpun’ – ‘Bukan Nak Cipta Sensasi, Cuma Obses Dengan Karya Sendiri’](https://media.ohbulan.com/2025/03/mimfly-3131.jpg)

Penyanyi Mimi Fly menerima dengan hati yang terbuka segala kritikan terhadapnya susulan terdapat segelintir penonton kurang senang dengan muzik video lagu terbaharunya yang berjudul Serumpun.
Artikel Berkaitan: Mimi Fly Jawab Dakwaan Suka Kaum Sejenis – ‘Selalu Kena Panggil, Lesbian Ke?’
Artikel Berkaitan: Mimi Fly Belum Fikir Nak Kahwin Dengan Lelaki Afrika
Respon Mimifly
View this post on Instagram
Ketika ditemui OhBulan!, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 38, memohon maaf berikutan imej berkemban di dalam muzik video itu didakwa kurang sesuai dengan lagu yang dihasilkan untuk sambutan Aidilfitri.
Saya terima segala komen dan kalau ada yang tersinggung dengan karya saya, saya minta maaf. Insya-Allah kalau buat lagu raya lain saya akan perbaiki.
Bukan niat saya. Ketika ini saya sangat obses dengan karya saya sendiri. Mungkin saya terlalu fokus kepada karya itu sehingga tolak tepi perkara lain.
Saya sudah lama menyepi, bila muncul kembali saya mula belajar semula dari mana keturunan saya. Yang mana saya ada darah serumpun dalam badan campuran Minang, Indonesia, Vietnam, dan Thailand.
Mimi berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman Melodi Raya 2025 yang berlangsung di Studio 1, Balai Berita, Bangsar pada Ahad.
Fesyen yang dibawa
View this post on Instagram
Mengenai busana yang digayakan dalam muzik video tersebut, Mimi memaklumkan dia mendapat sentuhan daripada pereka fesyen terkenal iaitu Abu Shaef Hamza.
Saya cuma rasa busana yang saya kenakan itu cantik dan selesa. Saya dah intai busana orang-orang lama jadi saya suka.
Saya bukan buat seorang tetapi bekerjasama dengan pereka fesyen yang hebat iaitu Abu Shaef Hamza. Dia seorang profesional, kami belajar sama-sama mengenai sejarah baju orang lama.
Saya lihat gambar dan jadi saya seronok. Saya nak raikan busana-busana kita sebenarnya. Saya bukan sengaja nak cipta sensasi saya cuma obses dengan karya saya.
Meskipun menerima pelbagai komen, namun pelantun lagu Angkat itu tetap positif dengan karya yang dihasilkannya.
Sekurang-kurangnya ada yang ambil kisah apa saya keluarkan kerana saya pernah berada di fasa keluarkan apa-apa pun orang tak kisah.
Jadi saya terima semuanya dan terima kasih komen serta kritikan, saya akan perbaiki selepas ini.
Dalam perkembangan lain, Melodi Raya 2025 akan disiarkan pada 3 April jam 9 malam yang di hoskan oleh Ain Edruce dan Ayda Jebat bagi episod satu. Manakala episod dua dikendalikan oleh Ain bersama Rita Rudaini.
Saksikan persembahan istimewa daripada artis seperti Marsha Milan , Naqiu, The Dukes, Nabila Razali, Dato Hattan, Ara Johari dan ramai lagi.






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
