berita

[VIDEO] ‘Miskin Tak Apa Tapi Jangan Jadi Pengotor’ – Rumah Dah Macam Tempat Pelupusan Sampah, Jijik!

January 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tidak dinafikan setiap orang mengimpikan untuk mempunyai rumah yang bersih. Tambahan pula, ruang persekitaran di luar rumah juga perlu dijaga dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan kehadiran binatang-bintang perosak.

Namun, video yang dikongsi seorang rider penghantar makanan, dikenali sebagai Danial, membuatkan netizen berasa geli dan jijik. Video tersebut telah dikongsi di laman TikToknya dan menjadi trending.

Sampah merata-rata

Menerusi video TikTok berdurasi hampir 20 saat itu, menceritakan pengalamannya menghantar makanan di sebuah pangsapuri. Namun, ketika kejadian pelanggannya meminta supaya dia naik ke atas bagi menghantar makanan tersebut. Tetapi setelah menjejakkan kaki memasuki pangsapuri itu, dia terkejut melihat keadaan sekeliling pangsapuri itu yang penuh dengan sampah.

Tambahan pula, sampah itu seolah-olah sampah yang telah dilempar dari tingkat atas. Apa yang lagi menyedihkan apabila dia terpaksa menggunakan tangga kerana keadaan lif yang rosak. Di sudut tangga juga, dipenuhi dengan sampah-sampah terbiar. Alahai!

Apakah semua ini?

@hibatullahdanialtanpa hashtag konfem fyp ?? original sound – Hibatullah Danial

Reaksi warganet

Mendapat lebih 50k tanda suka, video tersebut meraih ratusan komen. Menerusi ruangan komen rata-rata netizen ‘jijk’ melihat kawasan tersebut yang penuh dengan sampah.

Malahan, ada juga netizen yang memberikan cadangan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan berhubung kes ini.

Ni tak kena Covid, ni kena benda lain.

Sumber: Danial

SKIP THIS AD ×