![[VIDEO] Misteri Suhaila Arshad Terjawab, Syafiq Farhain Jejaki Abang Man](https://asset.ohbulan.com/2026/09/shafiq.jpg)
Penyanyi ,Syafiq Farhain akhirnya berjaya menjejaki lelaki dikenali sebagai Abang Man bagi merungkai identiti Suhaila Arshad, nama yang sebelum ini menjadi sebutan sehingga tular di media sosial.
Artikel Berkaitan: Syafiq Farhain Kembali Selepas Dua Tahun, Pertaruh Single ‘Cerita Luka’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Farhain Syukur Kembali Bertemu Adik Kandung, Hubungan Kembali Akrab – ‘Rasa Sedikit Kekok Sebab Lama Tak Jumpa’
Terjawab
Menerusi satu panggilan video, Abang Man mendakwa dirinya dicurangi oleh seorang wanita bernama Suhaila dan mengakui sudah banyak menghabiskan wang ringgit sepanjang hubungan mereka.
Jelas Syafiq, demi menjaga privasi mereka, beberapa bahagian dalam video itu terpaksa disenyapkan supaya tidak diketahui umum.
Apa yang dilaluinya amat menyedihkan. Saya cuma menjadi pendengar dan cuba menguatkan semangatnya. Ada perkara yang tidak boleh dikongsikan kepada umum, jadi bahagian itu terpaksa disenyapkan untuk menjaga privasi.
Selalunya kita mendengar kisah wanita dikecewakan, tetapi kali ini seorang lelaki pula terluka. Saya harap Abang Man dan semua lelaki yang pernah dikecewakan dapat bangkit semula.
Sementara itu, Syafiq menafikan insiden itu adalah sebahagian daripada gimik yang dirancang untuk melariskan single terbaharunya, Cerita Luka.
Katanya, kejadian itu berlaku secara spontan ketika dia menemui orang ramai bagi mempromosikan lagu tersebut.
Kata Syafiq, pengalaman Abang Man membuka matanya bahawa masih ramai lelaki menyimpan kesedihan kerana bimbang dianggap lemah, sedangkan mereka juga memerlukan ruang untuk meluahkan perasaan.
Sebenarnya apabila terluka, lelaki juga sedih dan menangis. Namun, kita jarang melihat sisi itu kerana lelaki sering dituntut untuk sentiasa kelihatan kuat.
Saya berharap selepas ini, jika ada lelaki meluahkan kekecewaan, jangan terus mengecam atau memperlekehkan mereka, kita tidak tahu apa yang dilalui. Mungkin dengan meluahkannya, sedikit sebanyak dapat melegakan beban emosi yang ditanggung
Terdahulu, Abang Man secara tiba-tiba meluahkan rasa marah terhadap wanita itu ketika Syafiq mengadakan promosi single terbaharunya di kawasan busking Bukit Bintang.
Rakaman spontan itu kemudian dimuat naik dalam TikTok Syafiq sebelum menjadi tular sehingga mendapat 2 juta tontonan dan lebih 2,000 komen yang rata-rata tertanya-tanya mengenai identiti Suhaila dan kisah sebenar di sebalik kemarahan lelaki tersebut.