Penyanyi rap MK K-Clique menyorot perhatian apabila memberi duit raya pada peminat yang hadir pada sebuah majlis yang berlangsung di Heritage Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fans Jarang Upload, Saya Pun Tak Nampak Posting Mereka’ – MK K-Clique Hargai Sikap Peminat Hormati Privasi Anak

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Dipuji Tak Tiup Api Lilin Kek ‘Birthday’ – ‘Sebahagian Ulama Mengharamkan Kerana Menyerupai Amalan Orang Kafir’

Duit raya

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan dikerumuni beberapa peminat di majlis yang dihadirinya.

Pada hantaran yang sama, terdapat beberapa peminat yang sempat berseloroh meminta duit raya daripada penyanyi berusia 29 tahun tersebut.

Justeru itu, MK dilihat meminta para peminat beratur bagi memudahkan proses agihan duit raya yang berjumlah RM10 seorang.

MK sangat baik hati.

Bagi duit raya di majis hari ini.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji personaliti MK yang disifatkan peramah melayani peminat. Selain itu, warganet turut mendoakan agar urusan pelantun lagu Mimpi itu sentiasa dipermudahkan.

Sumber: Threads @zayn_mullet