Jurusolek terkenal, MUA Bellaz baru-baru ini telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anak-anaknya iaitu Ean Yusuf & Aisywara Nealofa.

Artikel Berkaitan: MUA Bellaz Kenang Kebaikan Suami – ‘Tanggung Beras Sampai Senget Bahu, Nak Hantar Dekat Keluarga Saya Yang Susah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mua Bellaz Syukur Rumah Terbuka Dihadiri Hampir 7,000 Orang – ‘Saya Buat Dekat Kawasan Kampung Ja, Bukan Hotel’

Secara sederhana

@mattkueyteow

🎉 Majlis Hari Lahir Anak Bellaz, Usop & Wara! 🎂 matkueyteow pun turun padang! Bawa belanga ke majlis, kita bagi meriah! 🔥 Anak-anak comel, makanan padu, suasana penuh kasih sayang. Mat Kueyteow mai bukan main-main, tapi bagi support padu untuk keluarga hebat ni 💪 Terima kasih atas jemputan! Moga anak-anak membesar jadi anak soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat 🤲 #KueyteowPower #MajlisBellazUsopWara #BirthdayPartyVibes #MatKueyteowTurun

♬ original sound – CuteShop🦖 – Meknoor ✨

Menerusi perkongsian seorang peniaga makanan, kelihatan Yusuf segak memakai t-shirt berwarna putih manakala adiknya, Wara pula mengenakan gaun berona merah jambu.

Difahamkan dua adik-beradik tersebut turut berkongsi tarikh hari lahir yang sama iaitu pada 29 Julai.

Berdasarkan pemerhatian OhBulan!, majlis tersebut berlangsung secara sederhana dan yang rata-ratanya dihadiri oleh penduduk kampung.

Berkongsi rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan cara Bellaz dan suaminya yang disifatkan merendah diri.

Dalam masa yang sama, mereka juga suka melihat anak-anak Bellaz menyambut hari lahir mereka tanpa ada sebarang kemewahan.

Bagusnya suami isteri ni, buat majlis sederhana panggil orang-orang kampung sahaja. Ini baru betul orang kaya dengan adab.

Dia tahu yang sokong dia bukan dari golongan kaya, lebih baik utamakan orang-orang masjid dan orang-orang kampung.

Alhamdulillah, santai makan sambil hirup udara segar..anak-anak pula membesar suasana kampung.

Ini baru betul buat kenduri, utamakan jiran-jiran terdekat dulu.

Suka dengan cara mereka, buat dekat kampung tak pergi pun ke tempat-tempat mewah.

Sumber: TikTok Matt Kuey Teow & IG MUA Bellaz