![[VIDEO] Muaz & Hawa Rizwana Hanya Berkawan, Selesa Bekerja Bersama – ‘Tidak Pernah Ada Rasa Kekok’](https://media.ohbulan.com/2025/03/muaz-hawa.jpg)

Pelakon Muaz Zabir mengakui selesa bekerja dengan pengacara Hawa Rizwana namun hubungannya tidak lebih daripada seorang kawan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Pernah Rapat Dulu, Saya Sudah Berdamai Dengan Takdir’ – Muaz Zabir
Artikel Berkaitan: Muaz Zabir Simpan Duit Untuk Kegunaan Hari Tua, Rancang Buat Bisnes Sebagai ‘Back Up’ – ‘Saya Ambil Iktibar Dengan Nasib Beberapa Artis Veteran’
‘Hawa peramah’

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muaz Mohamad Zabir berkata Hawa mempunyai perwatakan menarik yang mampu membuat orang selesa untuk bekerja dengannya.
Buat masa sekarang saya selesa bekerja dengan dia. Hawa seorang yang happy go-lucky, peramah dan senang nak bekerjasama dengan dia. Tidak pernah ada rasa kekok atau janggal.
Nak kejar fenomena Bella Astillah dan Syed Saddiq susah. Kami bekerja setulus hati kami untuk sama-sama membantu jenama pakaian dan nama kami.
Muaz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gerobok Biru Gegak Gempita Raya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun itu turut menafikan dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan Hawa.
Hubungan sebagai seorang kawan dan rakan kerja. Saya selesa dengan dia. Ada content yang kita buat sebenarnya tiada dalam skrip, lain yang kita rancang lain yang dibuat.
Kerja tidak ikut skrip ini kita tidak jadi robot dan benda itu jadi lebih live atau ‘rasa’.
Masing-masing ada kekuatan tersendiri

Sementara itu, pelakon Keluarga Itu juga turut menidakkan namanya sering dikaitkan dengan artis wanita sepanjang tiga tahun terbabit dengan lapangan seni.
Sepanjang saya bekerja dalam industri ini, hanya Bella sahaja yang dikaitkan dengan saya. Hawa pula sebab kami bekerja dalam industri yang sama.
Ketika ditanya mengenai persamaan Bella dan Hawa, Muaz berkata setiap individu mempunyai perbezaan masing-masing.
Saya tiada hak untuk bercakap mengenai kelebihan dan kekurangan seseorang.
Mereka berdua peramah dan baik selain mempunyai kekuatan masing-masing.








