Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah sekali lagi meraih perhatian dengan hantarannya semasa menghadiri majlis perkahwinan pelakon Eyka Farhana yang berlangsung di Langkawi.

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa ‘Baby Bump’ Watie Makin Jelas, Komen Shuib Bikin Terhibur – ‘Banyak Sangat Makan Ni’

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Shuib & Watie Hanifiah Bakal Timang Anak?

Pakaian kurang sopan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dilihat mengenakan ‘dress’ berwarna emas muda atau ‘champagne’.

Pada perkongsian itu, jelas dilihat keadaan perut Watie yang didakwa sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, busana yang digayakan Watie ketika itu dianggap kurang sopan dan agak ketat sehinggakan menampakkan bentuk tubuh badan.

Semoga lebih bertutup

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Watie dipermudahkan urusan sehingga hari melahirkan cahaya mata sulungnya. Selain itu, warganet turut menasihati isteri kepada pelawak berusia 40 tahun itu untuk menggenakan pakaian yang lebih longgar.

Sumber: Instagram @iamwatie