Hubungan cinta antara pelakon Janna Nick dan aktor, Dini Schatzmann dikhabarkan sudah menemui titik noktah.
Artikel Berkaitan: ‘Kepada Kamu Moga Berbahagia, Kini Cinta Kita Berakhir Untuk Selamanya’ – Janna Nick Dah Putus Dengan Dini Schatzmann?
Janna & Dini muncul
@alvinchong123tah la siapa yg tulis lirik? Mengapa ku rasa terseksa – Alvin Chong
Namun, status hubungan Janna dan Dini kembali menjadi bualan ramai selepas dilihat muncul berdua dalam video pelakon Alvin Chong.
Menerusi rakaman di TikTok memaparkan Janna dan Dini menyanyi dan menari mengikut rentak lagu terbaharu Alvin yang berjudul Mengapa Ku Rasa Terseksa.
Dalam video tersebut, Janna dan Dini kelihatan senyum dan bahagia namun tidak dapat dipastikan sama ada itu video lama atau selepas Janna memuat naik status berbaur patah hati menggambarkan perhubungan mereka telah berakhir.
Di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar pasangan sejoli ini masih bersama hingga ke hujung nyawa.
@eonnizi7: Tak putus lagi kan. Berharap mereka ke jinjang pelamin dan hubungan kekal selamanya.
@shoppex4ya: Lah kata dah clash dua dua tu? Elok pulak masih bersama.
Diam menyepi
Sementara itu, usaha OhBulan! mendapatkan kenyataan daripada Janna dan Dini gagal apabila panggilan dan WhatsApp yang dihantar tidak dibalas.
Terdahulu, Janna Nick dan Dini Schatzmann memulakan perhubungan mereka pada Julai 2018 semasa sama-sama menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Aku.
Sumber: TikTok @alvinchong123