berita

[VIDEO] Murid Bersalaman Dengan Pak Guard Di Pintu Pagar, Budaya Sekolah Ini Dipuji

November 7th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Selain ibu bapa, sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda masa kini. Memandangkan anak-anak banyak menghabiskan masa di sekolah, mereka lebih mudah dan cepat untuk belajar sesuatu yang baru di sana.

Menerusi Facebook Azwan Mahmin, lelaki ini berkongsi satu video yang menyentuh perasaannya. Video yang menyaksikan para pelajar sebuah sekolah sedang bersalaman dengan pengawal keselamatan sebelum masuk sekolah itu turut mendapat pujian daripada netizen.

Tersentuh dengan budaya yang diterapkan

Assalamualaikum, terlebih dahulu mohon maaf pada pihak sekolah dan pada sesiapa yang terlibat kerana mengambil video curi-curi. Saya rasa tersentuh dengan budaya yang diterapkan pada semua pelajar sekolah ini untuk menghormati pada semua golongan iya itu orang yang lebih tua dan seperti video yang diambil secara curi2 ini. Tahniah pada semua kakitangan sekolah dan semua ibu bapa. Saya rasa sangat bangga dengan melihat budaya yang diamalkan ada sekolah ini. Ini merupakan antara 1 nilai didikan moral terbaik.

Menerusi video 0:41 saat, Azwan memberitahu bahawa dia tersentuh apabila melihat budaya yang diterapkan oleh para pelajar Sekolah Kebangsaan Luangan, Keningau, Sabah. Para pelajar yang tiba di hadapan pintu pagar sekolah dilihat bersalaman terlebih dahulu dengan seorang pengawal keselamatan sebelum masuk ke kelas masing-masing.

Mereka juga perlu dihormati

Netizen turut memuji sekolah berkenaan kerana berjaya menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar. Pada masa yang sama, netizen berharap sekolah lain mampu menjadikan sekolah tersebut sebagai contoh dalam mendidik generasi muda mengenai hormat terhadap golongan dewasa.

Sumber: Azwan Mahmin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.