berita

Video: MV Terbaru Adira Mengecewakan?

December 5th, 2013 | by Ai
Video Popular

Adira -8

Pada 3 Disember yang lepas, Astro Gempak telahpun melancarkan sebuah muzik video untuk lagu terbaru Adira berjudul Dewi Cinta.

Pada mulanya ramai peminat yang teruja dengan perkongsian MV tersebut, namun tanpa disangka muncul pula respon kurang baik daripada penonton.

Screen Shot 2013-12-05 at 11.35.21

Untuk pengetahuan anda, MV berdurasi 5:52 saat itu memaparkan lakonan Adira yang kelihatan sugul sambil berjalan menuju ke tengah laut sebelum ditenggelami arus.

Ketika penonton berpendapat Adira tidak mungkin dapat diselamatkan, secara tiba-tiba penyanyi itu muncul semula dari dalam air dengan berpakaian baru.

Screen Shot 2013-12-05 at 11.33.52

Boleh dikatakan hampir separuh masa tayangannya dipenuhi dengan babak Adira ditelan laut sehinggakan penonton tertanya-tanya dengan konsep sebenar yang cuba diketengahkan.

Malah terdapat seorang peminat Adira meluahkan rasa tidak puas hati terhadap MV Dewi Cinta di laman Instagram penyanyi berkenaan.

Screen Shot 2013-12-04 at 23.18.22

Menurutnya, MV berkenaan langsung tidak setanding dengan kekuatan vokal Adira sebagai penyanyi dan keharmonian lagu itu sendiri.

Apapun, jom tonton MV Dewi Cinta di bawah ini dan simpulkan sendiri pendapat anda selepas menontonnya. Mungkin individu lain mempunyai pendapat yang berbeza. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×