berita

[VIDEO] Myvi Masuk ‘Parking’ Dalam Pasar Raya

September 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Semalam viral satu video di media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terperosok ke dalam sebuah pasar raya di Puchong. Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata daripada mereka tertanya-tanya bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku.

Myvi rempuh masuk pasar raya

Memetik laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4:30 petang dan pada ketika itu, pemandu kereta berkenaan yang juga merupakan seorang warga emas berusia 64 tahun baru sahaja selesai membeli barang keperluan di pasar raya tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan, ketika dalam perjalanan pulang, pemandu tersebut telah tertekan pedal minyak dan mengakibatkan kereta yang dipandunya merempuh masuk ke dalam pasar raya berkenaan sebelum melanggar seorang lelaki yang sedang berdiri di kaunter sebuah restoran makanan segera.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa yang berusia 31 tahun yang juga pekerja restoran berkenaan telah mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di Zon Kuning Hospital Serdang namun keadaannya dilaporkan stabil.

Difahamkan, pemandu kereta Perodua Myvi itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini. Jelas Anbalagan lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video

Sumber: Kosmo, Facebook

SKIP THIS AD ×