![[VIDEO] Nabila Razali Tegur Netizen Yang Gemar Cari Salah Orang Lain – ‘Buat Baik Pun Kena Kecam?’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-22-at-1.39.55-AM.jpeg)
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menegur sikap segelintir pihak yang gemar mencari kesalahan orang lain, walaupun sesuatu yang dibincangkan atau dilakukan itu adalah perkara baik.
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Langkah Jadikan Kita Lebih Kuat’ – Nabila Razali Kejar Cinta & Cita-Cita Di Dapur, ‘Me.N.U’ Bukan Sekadar Drama
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Akui Amira Othman Berhati-Hati Soal Jodoh – ‘Saya Yakin Dia Gembira, Muka Berseri Bila Dengan Fattah’
Buat baik kena kecam?
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 33, berkata, masyarakat seharusnya lebih berlapang dada dan tidak cepat menjatuhkan hukum terhadap individu yang berkongsi kebaikan dalam media sosial.
“Saya faham jika seseorang melakukan kesalahan, memang patut dia dikritik. Tetapi bila ada yang buat baik dan sebarkan perkara positif kenapa tetap nak kecam?.
“Susah sangat ke nak tengok orang lain buat baik tanpa rasa iri hati? Mungkin orang itu betul-betul ikhlas, cuma hati kita yang tak tenang membuatkan kita rasa dia menunjuk-nunjuk”.
Luahan itu dikongsikan Nabila menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.
Hantaran itu dibuat susuluan satu ciapan di Threads miliknya yang menjadi perdebatan dalam kalangan wargamaya.
Menjelaskan situasi sebenar, pelantun lagu Pematah Hati itu memberitahu kenyataan sebelum ini tidak ditujukan kepada mana-mana individu.
“Saya cuma berkongsi pendapat secara umum di Threads, bukan untuk menyindir sesiapa. Tapi entah kenapa ramai yang tersalah tafsir dan meninggalkan komen bukan-bukan.
“Masalah sebenarnya bukan pada orang yang buat baik, tapi pada hati sendiri. Kalau masih nak cari salah orang lain, teruskanlah, mungkin itu cara untuk buat diri rasa lebih baik”.
Video
Sumber: Instagram