Pelakon Nad Zainal berpendapat tidak menjadi masalah sekiranya ibu bapa zaman kini menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan.
Artikel Berkaitan: Nad Zainal ‘Dikondem’ Hantar Anak Sekolah Kerajaan – ‘Didikan & Disiplin Awal Dari Rumah’
Artikel Berkaitan: Nad Zainal Dikatakan Berwajah ‘Awam’ & Tak Layak Jadi Heroin, Empunya Badan Respon – ‘Sentiasa Bersyukur’
Hantar anak sekolah kerajaan
Nad atau nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin, 34, berkata, sekolah kerajaan telah membuktikan mampu melahirkan ramai individu yang cemerlang dan golongan profesional.
Saya rasa tidak menjadi masalah pun nak hantar anak ke sekolah kerajaan. Seluruh ahli keluarga saya pergi sekolah kerajaan. Suami saya pun punyai lulusan luar negara bermula daripada sekolah kerajaan.
Saya tak nampak perkara ini sebagai satu masalah. Kita tak boleh memandang rendah kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan atau sekolah yang yurannya lebih murah berbanding sekolah swasta.
Nad berkongsi pandangannya ketika ditemui di acara Fipper x Bayu Somerset di KL East Mall, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Didikan dari rumah
Tidak menyokong kenyataan sekolah mahal lebih bagus, isteri kepada aktor Ungku Ismail itu menambah, pendidikan terbaik untuk anak-anak adalah bermula dari rumah.
Saya dan suami memang tegas dalam pendidikan anak-anak. Kami hadkan penggunaan gajet dan televisyen. Sekiranya mereka berjaya membuktikan sesuatu atau meraih pencapaian yang bagus di sekolah, barulah kita izinkan.
Kalau ada yang kata sekolah mahal (swasta) lebih bagus, pada saya itu tidak betul. Kita kena didik sejak di rumah. Kalau bayar sekolah mahal-mahal tapi di rumah dan di sekolah tetap dimanjakan, tak jadi apa-apa.
Jelas Nad lagi, dia tidak mahu pelajaran anak-anak terganggu disebabkan terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi jika menghantar ke sekolah swasta.
Saya ini hanya pelakon biasa. Ada pasang dan surutnya. Kalau selamanya kita nak hantar anak ke sekolah swasta tapi di kemudian hari kita tak mampu, pelajaran anak akan tersekat.
Apa yang saya buat ini adalah di atas kemampuan dan saya lihat sekolah kebangsaan masih relevan. Ramai produk-produk daripada sekolah kebangsaan yang berjaya sambung belajar ke peringkat tertinggi dan menjadi golongan profesional yang hebat.
@ohbulanofficial Tiada masalah pun sebenarnya ??#ohbulan #fyp #news #nadzainal #hantar #anak #ke #sekolah #kerajaan ? original sound – OHBULAN!