Pelakon Nadhir Nasar terbuka menerima segala kritikan terhadap lakonannya sebagai teguran untuk memperbaiki diri dan menjadi anak seni yang lebih baik.

Artikel Berkaitan: Aktif Berlakon Filem, Drama Tetap Di Hati Nadhir Nasar – ‘Makcik-Makcik Suka Tengok Saya’

Artikel Berkaitan: Nadhir Nasar Belum Fikir Soal Kahwin, Utamakan Jaga Ibu Bapa – ‘Alhamdulillah, Boleh Jaga Mak Dulu’

Terima kritikan

Ketika ditemui OhBulan!, Nadhir atau nama penuhnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, akui dirinya masih baharu dan banyak yang perlu dipelajari sepanjang berada dalam industri hiburan.

Tambah Nadhir, setiap kritikan yang diterima terhadap lakonannya disifatkan sebagai komen membina yang menjadi ruang untuk dirinya terus memperbaiki dan meningkatkan kualiti lakonan.

Alhamdulillah, pada saya kritikan mengenai lakonan semuanya komen yang membina. Saya perlukan itu untuk jadi yang lebih baik daripada hari ini.

Saya baru 30 tahun, banyak lagi ilmu yang saya perlu cari.

Sebagai pelakon yang baru berusia 30 tahun, saya harus membuka hati untuk menerima semua komen bagi memperbaiki diri sendiri.

Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengenalan pelakon Pemuja Syaitan yang berlangsung di Hextar Empire World, baru-baru ini.

Menjawab mengenai komen yang menjatuhkan, Nadhir menegaskan bahawa dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak sebaliknya memandang kritikan sebagai pembakar semangat.

Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, dia lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada pihak yang sentiasa menyokong perjalanan seni sejak awal pembabitannya dalam industri hiburan.

Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Kalau semua orang suka kita, itu adalah satu masalah.

Saya rasa lebih baik kita fokus kepada orang yang sokong kita daripada yang membenci.