Pelakon Nadhir Nasar menghargai pemberian hadiah daripada peminat dan berserah sepenuhnya kepada Allah jika terdapat sebarang niat jahat ke atasnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadhir Nasar Mengaku Masih ‘Single’, Peminat Tarik Nafas Lega – ‘Alhamdulillah, Kalau Tak Nangis Saya’

Artikel Berkaitan: Nadhir Nasar Pilih Naskhah, Tak Suka Tengok ‘Muka Sama’ Di Kaca Televisyen

Hargai peminat

Ketika ditemui OhBulan,!, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar dilihat memakai beberapa gelang manik berwarna-warni yang difahamkan hadiah daripada para peminat.

Ujarnya, dia menghargai setiap seorang peminat yang menjadi tulang belakang daripada awal kemunculannya dalam dunia seni.

Semua gelang ini adalah hadiah dan pemberian daripada peminat.

Ini adalah beberapa aksesori yang mereka beri ketika sesi meet and greet.

Saya sangat hargai peminat saya. Setiap kali buat sesi macam ini, mesti ada wajah-wajah baharu dan hadiah daripada mereka.

Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Komik Kolaborasi UNDER18 X KLEPET sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL), pada Ahad.

Penyokong setia

Berkongsi lebih lanjut, aktor berusia 29 tahun itu akui tidak malu untuk mengenakan aksesori yang diberi peminat.

Dalam proses namanya meningkat naik, Nadhir menyimpan momen bersama peminat sebagai kenangan yang boleh dilihat kembali suatu hari nanti.

Saya sangat hargai perkara ini dalam proses saya bergelar artis.

Saya simpan semua hadiah yang mereka beri dan ada juga beberapa gambar yang saya muat naik dalam media sosial.

Saya suka, jadi saya tak kisah untuk pakai.

Dalam perkembangan lain, Nadhir turut terlibat dalam projek filem UNDER18 x KLEPET bersama Aedy Ashraf dan Meerqeen di bawah arahan Indra Putra (Sanji).

Filem tersebut bakal menghidangkan pengembaraan luar biasa melibatkan tiga sahabat iaitu Pali, Jani, dan Wadi bertemu Lola, wanita Ukraine yang melarikan diri daripada sindiket penipuan.

Gabungan aksi, elemen komedi dan emosi dijangka menjadikan UNDER18 x KLEPET sebagai antara karya paling dinanti tahun ini.