Usahawan Haliza Maysuri berkongsi momen ketika menerima kejutan istimewa daripada suami semasa sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-49 tahun.

Artikel Berkaitan: ’Kadang Yang Berani, Terlihat Kurang Manis’ – Haliza Maysuri Bersuara Soal Adat Bertunang

Artikel Berkaitan: ‘Kami Berniaga Cari Rezeki & Bayar Zakat Tapi Kalau Benar Amanah Diseleweng, Luluhnya Hati’ – Haliza Maysuri

Sekilo emas

@halizamaysuri

Saya ingatkan memang betul tahun ni tak ada hadiah hari jadi. Tok Bawal dah cakap awal-awal, tahun ni tak payah bagi hadiah. Katanya semua dah ada. Lagipun Allah dah bagi hadiah paling besar dalam hidup saya tahun ni, cucu pertama saya, Baby Sofia. Saya pun okey je, tak fikir apa-apa dah. Sekali bila nak potong kek semalam… pelik pula. Pisau tak lepas. Ingatkan kek keras sangat. Rupa-rupanya ada benda dalam kek. Bila buka… memang terkejut. Rupanya Tok Bawal dah berpakat dengan staf dan Princess duck, sorok 1 kilogram emas dalam kek hari jadi saya. Terima kasih, Suami Hadiah yang memang saya akan ingat sampai bila-bila. U All pula, kalau suami nak bagi hadiah hari jadi… Pilih Birkin/Kelly, kereta mewah, atau emas?

♬ original sound – Haliza Maysuri – Haliza Maysuri

Menerusi hantaran di TikTok, Haliza dilihat sedang memotong kek hari lahirnya bersama suami di sisi. Haliza kemudian berasa sangat terkejut apabila melihat satu kilogram emas ditarik keluar daripada kek tersebut.

Menurut pemilik jenama Bawal Exclusive itu, pada awalnya dia menyangka tidak akan menerima sebarang hadiah daripada suami, kerana sudah memiliki segalanya termasuk dikurniakan seorang cucu baru-baru ini.

Saya ingatkan memang betul tahun ni tak ada hadiah hari jadi.

Suami dah cakap awal-awal, tahun ni tak payah bagi hadiah. Katanya semua dah ada. Lagipun Allah dah bagi hadiah paling besar dalam hidup saya tahun ni, cucu pertama saya, Baby Sofia. Saya pun okey je, tak fikir apa-apa dah.

Bagaimanapun, suami Haliza tetap memberi kejutan kepadanya dengan menyembunyikan jongkong emas berkenaan di dalam kek.

Sekali bila nak potong kek semalam, pelik pula. Pisau tak lepas. Ingatkan kek keras sangat. Rupa-rupanya ada benda dalam kek.

Bila buka, memang terkejut. Rupanya suami dah berpakat dengan staf dan Princess duck, sorok satu kilogram emas dalam kek hari jadi saya.

Terima kasih, suami. Hadiah yang memang saya akan ingat sampai bila-bila.

Sumber: TikTok