berita

[VIDEO] ‘Nama Noh Tiada Dalam Perjanjian Menjaga Musa’ – Mizz Nina Mahu Anak Membesar Dengan Keluarga Stabil

February 6th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Aktivis kemanusiaan, Mizz Nina tampil mendedahkan sebab penarikan balik kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkatnya, Musa.

Menurut Nina, tiada pertikaian yang sepatutnya berlaku antara dirinya dan bekas suami, Noh Salleh.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Dakwa Dianiaya, Terkejut Mizz Nina Tarik Kes Penjagaan Anak – ‘Apa Permainan Dia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Mizz Nina Selar Tindakan Noh Salleh Dedah Identiti Musa & Ibu Kandung – ‘Itu Bukan Nama Sebenar Dia’

‘Saya tegaskan tiada lagi pertikaian’

Ketika ditemui OhBulan!, Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata dia mempunyai dokumen lengkap yang menyatakan dirinya sebagai penjaga Musa yang sah.

Saya hadir ke mahkamah hari ini untuk menghormati prosedur mahkamah dan untuk mengesahkan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang mana tidak tertulis namanya (Noh). Jadi dengan ada dokumen ini bermaksud tiada pertikaian.

Saya tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang lengkap.

Tambah Nina, dia juga mahu Musa dibesarkan oleh keluarga yang stabil serta dalam persekitaran yang sihat.

Musa ada mama dan baba, dia juga ada keluarga besar, jiran-jiran dan semua orang yang sayangkan dia, persekolahannya. Jadi saya mahu dia dibesarkan dengan cara yang terbaik.

Nina berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa. Sementara itu, peguam Syarie yang mewakili Mizz Nina, Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan bahawa Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah.

Justeri itu tiada isu yang berbangkit kerana secara sahnya kedua-dua kes sudah rasmi ditarik balik.

Tiada isu apa-apa, seperti siapa yang nak melawat sebagainya. Kami sudah tarik balik kedua-dua kes dan mahkamah sudah benarkan kami untuk menarik balik dan pihak sana menyuarakan mengenai kos pentaksiran. Kos kecil sebab tiada apa tindakan yang diambil setakat ini.

Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan. Ini kes anak angkat bila anak angkat itu sudah diberikan kepada Mizz Nina sepenuhnya jadi tiada siapa boleh melawat.

Keputusan muktamad adalah kepada ibu anak tersebut yang memutuskan untuk memberi hak penjagaan penuh kepada Mizz Nina.

Semalam, pihak Mizz Nina memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Fakhrul Azman Abu Hassan berkata tiada proses sulh yang berlaku semalam dan hari ini pihaknya bersama Mizz Nina akan kembali mengesahkan di hadapan hakim.

Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar Musa tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuannya. Menurut Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Walau bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan adanya unsur penculikan. Malah, Noh mendakwa sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Pelantun lagu ‘Pagi Yang Gelap’ itu kemudian ya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa, yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan tidak dikurniakan zuriat.

Video

@ohbulanofficial Replying to @Annsazzy Semuanya sudah selesai Alhamdulillah ?#ohbulan #fyp #news #mizznina #nohsalleh ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×