berita

Video: Namewee Respon Isu Sekatan Tayangan Filem

August 5th, 2013 | by Ai
Video Popular

25

Isu bantahan penayangan filem The New Village arahan Wong Kew-Lit sememangnya menjadi buah mulut orang ramai sekarang ini.

Filem yang sepatutnya ditayangkan pada 22 Ogos 2013 ini telah menerima banyak bantahan daripada pelbagai pihak kerana dianggap mengandungi ideologi komunis dan cenderung untuk merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.

Seperti yang dijangka, terdapat segelintir pihak tidak berpuas hati dengan keputusan bantahan yang dibuat oleh Seniman dan badan-badan kerajaan yang lain.

Artikel berkaitan:

Screen Shot 2013-08-05 at 12.53.07

Tidak terkecuali, Namewee menerusi sebuah video yang dimuat naik ke laman YouTube turut mempertikaikan tindakan itu sambil membandingkan filem The New Village dengan Tanda Putera yang tidak kurang kontroversinya.

Menurut Namewee, The New Village hanyalah sekadar filem cina tempatan yang mengetengahkan sejarah lampau berkenaan isi Parti Komunis zaman dahulu tetapi ia tidak mempunyai isu negatif seperti yang dikatakan.

Menerusi video berjudul Double Standard itu juga, Namewee melahirkan rasa kecewa terhadap kelulusan penayangan filem Tanda Putera yang dikatakan turut mempunyai elemen perkauman.

Screen Shot 2013-08-05 at 12.56.05

Namun seperti yang dijelaskan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini, Tanda Putera berbeza dengan The New Village kerana ia mengangkat jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan keamanan negara.

Selain itu, di dalam video yang sama juga Namewee menyentuh soal filem terbarunya berjudul Kara King yang tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan pada Tahun Baru Cina nanti.

Disebabkan perkara itu, Namewee dilihat cukup berang kerana agendanya untuk membuat tayangan serentak filem Kara King di Taiwan, Hong Kong, Thailand dan Singapura telah tergendala.

Tidak diketahui apakah punca sebenar Kara King disekat tayangannya namun jika anda ingin mengetahui apa yang dikatakan oleh Namewee, jom tonton video di bawah.

SKIP THIS AD ×