![[VIDEO] Nana Mahazan Dedah Isi ‘Luggage’ AF1 – ‘Memang Setiap Minggu Peserta Kena Kemas Beg’](https://media.ohbulan.com/2025/05/nana-mahazan-dua.jpg)

Personaliti TV dan penyanyi, Nana Mahazan mendedahkan pengisian dalam bagasi yang dibawa peserta rancangan Akademi Fantasia (AF) ketika disingkirkan sekaligus merungkai persoalan warganet.
Artikel Berkaitan: Nana Mahazan Tak Pening Fikir Balik Raya Sebab Suami Mualaf – ‘Abang Saya Pun Kahwin Dengan Cina & Adik Kahwin Dengan India’
Artikel Berkaitan: Malam Amal Flint Membantu & Berkongsi Rezeki Bersama Golongan Memerlukan, Nana Mahazan Antara Yang Terlibat
Ada isi ke tak?

Selepas beberapa dekad rancangan itu ditayangkan, pemilik nama Nurul Hana Che Mahazan, 42, berkata bagasi yang diletakkan di atas pentas sememangnya memiliki pakaian peserta yang tersingkir.
Disebabkan itu, Nana yang juga bekas peserta AF1 berkata setiap minggu mereka kena kemas baju dan masukkan di dalam bagasi.
Untuk AF lain saya tidak tahu, tapi untuk AF1 memang setiap minggu peserta kena kemas beg.
Beg yang diletakkan di atas pentas adalah beg peserta yang tersingkir.
Sekiranya tersingkir beg akan terus diambil dan terus keluar daripada akademi itu.
Memang tidak akan jumpa para peserta yang lain sampailah rancangan itu tamat.
Masuk minggu ketiga kami dah tak keluarkan baju dalam bagasi sebab kena pack setiap kali konsert kena bawa.
Bagaimanapun, Nana berkata dia hanya mengetahui konsep musim pertama, tidak pasti dengan musim-musim yang lain.
Cuma saya dengar, AF yang seterusnya mereka hanya letak beg random dan kalau tersingkir baru beri beg yang betul.
Sebelum ini, seorang individu melakukan parodi untuk rancangan AF dan perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Dalam kesempatan itu, warganet juga mempersoalkan tentang pengisian bagasi yang diletakkan di atas pentas, sama ada ia mempunyai isi atau kosong.
Sumber: TikTok








