nazim othman-1

Kami tak tipu. Pelakon kacak ni dilihat telah ‘transform’ menjadi ikan duyung lelaki. Sebenarnya kami nampak foto ini di Instagram Boracay Mermaids dan kami pun teruslah menjengah ke Instagram Nazim Othman.

Dan ternyata memang sah foto lelaki berekor ikan tersebut merupakan Nazim kerana dia juga ada berkongsi foto dan video percutiannya di pulau yang pernah diiktiraf sebagai pulau tercantik di Asia iaitu Pulau Boracay, Filipina.

nazim othman-2

Kami lihat bukan main seronok lagi Nazim bercuti di sana. Bermacam-macam aktiviti air telah dicuba oleh pelakon itu. Macam beach boy pun ada juga bila melihat badannya yang dah sedikit ‘tanned’ dek kerana panahan cahaya matahari.

Sekali-sekala bercuti mestilah kena all-out kan. Barulah rasanya berbaloi dengan penat lelah bekerja keras selama bertahun-tahun kumpul duit.

Apakata kita enjoy video dan koleksi foto Nazim di Boracay. Mana tahu nanti akan jadi sumber inspirasi anda untuk bercuti di sana pula.

Video of a #merman in #boracay . ????

A video posted by nazimothman (@nazimothman) on Nov 11, 2014 at 3:45am PST

Hard to swallow the fact that I’ve to leave #Boracay. Sang duyung bermuram-durja ????

A video posted by nazimothman (@nazimothman) on Nov 11, 2014 at 6:04pm PST

Kredit foto & video: Instagram Nazim Othman